Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebelum Anda Beli Telefon Pada 2024, Pastikan Ada 5 Ciri Ini

Pengguna Android Lebih Berisiko Hadapi Perisian Hasad, Beri Perhatian Pada 5 Tanda Ini

Diterbitkan Mei 31, 2024 ยท Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh ariff bukhari

Bank-bank di Malaysia seperti Maybank, CIMB dan HSBC Malaysia, secara terang-terangan menyatakan bahawa pengguna peranti Android lebih berisiko terhadap scam perisian hasad kerana peranti Android berasaskan perisian sistem terbuka.

Akibatnya, scam perisian sangat kerap berlaku kepada pengguna Android dan boleh menjejaskan ciri keselamatan yang akan menyebabkan kebocoran butiran perbankan.
scam android
Ekoran itu, pengguna Android khususnya diminta supaya sentiasa beringat untuk:
  • Semak tetapan keselamatan telefon anda
  • Muat turun aplikasi daripada sumber rasmi sahaja
  • Dayakan ciri keselamatan seperti Google Play Protect dan Samsung Auto Blocker

Terdapat beberapa tanda untuk mengesyaki bahawa telefon anda telah dijangkiti perisian hasad iaitu:

  1. Bateri peranti cepat habis dari kebiasaan
  2. Gangguan iklan yang kerap timbul
  3. Penggunaan data yang secara tiba-tiba tinggi
  4. Aplikasi kerap ‘crash’
  5. Panggilan telefon yang dibuat kerap terganggu

scam android

Sehubungan itu, jika anda mengesyaki telefon anda digodam, anda boleh bertindak segera dengan membuang aplikasi yang mencurigakan, tukar kata laluan akaun perbankan anda dan buat laporan ke pihak bank serta hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dan membuat laporan polis.
Anda juga boleh menyahaktifkan akses perbankan dalam talian mereka atau menyekat kad kredit/debit yang terlibat dalam transaksi penipuan dengan segera menggunakan ciri Kill Switch melalui platform perbankan dalam talian atau aplikasi perbankan mudah alih.
kill switch
Ciri Kill Switch dalam aplikasi CIMB
kill switch
Ciri Kill Switch dalam aplikasi Maybank
kill switch
Ciri Kill Switch dalam aplikasi Maybank
Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) menegaskan bahawa bank ahlinya tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan seperti nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian, dan nombor kad kredit atau debit melalui panggilan telefon, termasuklah nombor SMS OTP/TAC.
Sumber: CIMB, HSBC Malaysia, Maybank, Persatuan Bank-Bank di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Jualan 6.6 Anker Kembali, Ini Senarai Produk Yang Ada Diskaun
  • Pelanggan HSBC Malaysia Yang Guna Peranti Android Perlu Ubah Segera Tetapan Ini

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY