Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad DroidLock

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad DroidLock

Diterbitkan Disember 12, 2025 oleh ariff bukhari

Satu kempen jahat dikenali sebagai DroidLock kini dikesan menyerang pengguna Android.

Perisian hasad ini berfungsi seperti ransomware, disebarkan melalui laman web phishing yang menyamar sebagai kemas kini sistem.

Setelah dipasang, ia meminta kebenaran Accessibility Services dan Device Admin, membolehkan penyerang mengawal penuh peranti mangsa.

Malware ini boleh mengunci skrin dengan paparan amaran penuh, memaksa mangsa menghubungi penggodam melalui e-mel dan mengugut untuk memadam semua fail dalam masa 24 jam.

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad DroidLock

Walaupun tidak menyulitkan fail seperti ransomware tradisional, Droidlock berupaya menukar PIN, kata laluan atau biometrik, serta memadam data sepenuhnya.

Ia juga boleh mengaktifkan kamera, merakam audio, dan mengintip SMS serta notifikasi.

Penyelidik Zimperium yang menemuinya melaporkan, ancaman ini cukup berbahaya kerana mampu menjadikan telefon mangsa sebagai “alat kawalan jauh” penyerang.

Lebih berbahaya, ia boleh merakam aktiviti skrin dan menghantar imej ke pelayan jauh, sekali gus mencuri maklumat sensitif seperti kata laluan atau kod MFA.

Setakat ini, serangan dilaporkan berlaku di Sepanyol dengan Google menegaskan tiada aplikasi di Play Store mereka mengandungi malware ini  di mana pengguna dilindungi oleh ciri Play Protect.

Berkaitan

  • Penyelidik Dedah Kod 2FA Boleh Dicuri Dari Telefon Android
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • KTMB Mobile Tidak Lagi Akan Ditawarkan Di Stor Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY