Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Senarai Ciri-Ciri Baru Dalam Kemas Kini iOS Dan iPadOS 13.5

Pengguna Android Dan Windows Bakal Boleh Ber “Facetime” Dengan Pengguna iPhone

Diterbitkan Jun 9, 2021 · Dikemas kini Jun 9, 2021 oleh ariff bukhari

Dalam acara WWDC 2021 lalu, Apple ada memaklumkan bahawa FaceTime iaitu ciri panggilan video yang hanya ditawarkan untuk peranti iPhone, iPad dan komputer Macintosh akan turut boleh digunakan oleh pengguna peranti Android dan komputer Windows menerusi aplikasi pelayar web.

Tindakan Apple ini dilihat luar dari kebiasaan kerana membenarkan pengguna luar dari ekosistem mereka turut menggunakan ciri yang hanya ditawarkan kepada pengguna produk-produk Apple sahaja ketika ini.

Teapi setakat yang difahami, Apple hanya akan membenarkan pengguna Android dan Windows ber “FaceTime” dengan pengguna iPhone, iPad atau Macintosh jika mereka dijemput oleh pengguna produk Apple tersebut .

Baca juga: Aplikasi Terbaik Untuk “Video Call” Semasa Hari Raya

Jadi pengguna Android dan Windows tetap tidak boleh membuat panggilan menerusi FaceTime sesuka hati mereka.

Senang cerita, Apple hanya memberi sedikit peluang kepada pengguna Android dan Windows merasa kelebihan teras aplikasi mereka.

Tetapi Apple mungkin sedikit terlambat kerana kini terdapat pelbagai aplikasi panggilan video baru yang menarik dan mesra pengguna seperti Zoom, Google Meet dan Microsoft Teams

Sumber: Apple

Baca juga: Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY