Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
polisi baru WhatsApp

Pengguna Android Berhati-Hati, Perisian Hasad Baru Dikesan Disebar Secara Automatik Melalui Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan Januari 28, 2021 · Dikemas kini Januari 28, 2021 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari ESET bernama Lukas Stefanko mendakwa berlaku penyebaran perisian hasad melalui platfom WhatsApp di telefon pintar Android.

Hasil analisis yang dilakukan, beliau mendapati penyebaran perisian hasad itu berlaku kepada pengguna WhatsApp dengan membalas secara automatik terhadap sebarang notifikasi mesej yang diterima mangsanya.

Mesej yang dibalas itu pula mengandungi pautan yang akan membawa mangsa ke stor aplikasi mudah alih Huawei palsu.

Perisian hasad ini memanipulasi tetapan notifikasi mesej WhatsApp.

“(if you receive WhatsApp message notification, you can right away “Reply” or “Mark as Read/dismiss”). That is what malware misuses to reply back.” Lukas Stefanko.

Android WhatsApp Worm?

Malware spreads via victim's WhatsApp by automatically replying to any received WhatsApp message notification with a link to malicious Huawei Mobile app.
Message is sent only once per hour to the same contact.
It looks to be adware or subscription scam. https://t.co/NYbh2A9Y6M pic.twitter.com/2tFgLyG94O

— Lukas Stefanko (@LukasStefanko) January 21, 2021

Menurut Stefanko, analisis yang dilakukannya tidak menggunakan sampel perisian hasad sebaliknya adalah perisian hasad Android sebenar yang ditemui sedang aktif yang boleh menggugat keselamatan penggunanya ketika ini.

Lebih membimbangkan melalui cara ini, perisian hasad itu boleh disebarkan secara meluas pada kadar yang sangat pantas.

Sumber: The Hacker News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
©2026 WISER.MY