Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

Pengguna Android Berdepan Lagi Serangan Perisian Hasad. Kali Ini Dari Penggodam Iran

Diterbitkan September 22, 2020 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Check Point Research mendedahkan bahawa satu perisian hasad khas terbaru telah dibangunkan oleh penggodam dari Iran bagi menggodam telefon pintar Android.

Secara khususnya, perisian hasad tersebut mensasarkan aplikasi Telegram dan Gmail dengan mengatasi ciri keselamatan 2 faktor (2FA).

Malah menurut Check Point, perisian hasad itu berjaya menyembunyikan kewujudannya sejak 6 tahun lalu.

“Following the tracks of this attack revealed a large-scale operation that has largely managed to remain under the radar for at least six years” Check Point Research.

Pengguna Android Berdepan Lagi Serangan Perisian Hasad. Kali Ini Dari Penggodam Iran
Sumber: Check Point Research

Penyelidik menerangkan, serangan berlaku bermula dengan penyamaran laman sesawang palsu Iran. Seterusnya ia akan memuat turun kod makro meragukan.

Seterusnya melaksanakan skrip muat turun aplikasi yang mensasarkan ciri 2FA Telegram dan Gmail.

Penyelidik menyimpulkan bahawa pihak yang bertanggungjawab membangunkan perisian hasad tersebut ada kaitan dengan kerajaan Iran yang bertindak mengumpulkan maklumat bagi pihak kerajaan itu.

“According to the evidence we gathered, the threat actors, who appear to be operating from Iran, take advantage of multiple attack vectors to spy on their victims, attacking victims’ personal computers and mobile devices.” Check Point Research.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY