Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad KopiLuwak Berevolusi Menjadi Topinambour

Penggodam Russia Didapati Sedang Aktif Menyerang Sistem Linux

Diterbitkan Ogos 16, 2020 oleh ariff bukhari

Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan amaran serangan ke atas sistem Linux yang datang dari penggodam Russia.

Serangan dipercayai didalangi oleh pihak risikan Negara Russia.

Bentuk serangan terbaru ini pula didakwa menggunakan perisian hasad yang dikenali sebagai Drovorub. Ia dibangunkan dengan dilengkapi ciri penyamaran dan penyembunyian bagi mengelakkan ia dari dikesan.

Pihak NSA dan FBI tidak menyatakan secara jelas berapa lamakah sudah ia aktif menyerang.

Tetapi agensi tersebut menyatakan bahawa perisian hasad itu turut bertanggungjawab dalam serangan penggodaman sebelum ini dengan menggunakan nama lain termasuklah Fancy Bear, APT28 and Strontium.

“Drovorub is a Linux malware toolset consisting of an implant coupled with a kernel module rootkit, a file transfer and port forwarding tool, and a Command and Control (C2) server. When deployed on a victim machine, the Drovorub implant (client) provides the capability for direct communications with actor- controlled C2 infrastructure; file download and upload capabilities; execution of arbitrary commands as “root”; and port forwarding of network traffic to other hosts on the network.” NSA menerangkan tentang perisian hasad Drovorub dalam kenyataan media mereka baru-baru ini.

Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa Drovorub, pengguna dinasihatkan supaya menaik taraf sistem Linux mereka kepada Linux Kernel 3.7 atau terbaru.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Bakal Perkenal Produk Baharu Minggu Depan - MacBook Pro Skrin Sentuh Antara Yang Dijangka
  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
©2026 WISER.MY