Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Diberi Tempoh Hingga Mei Untuk Patuh Peraturan Baru EU

Penggodam Rusia Sasar WhatsApp Dan Signal – Perisikan Belanda

Diterbitkan Mac 10, 2026 oleh ariff bukhari

Penggodam dari Rusia dilaporkan menyasarkan aplikasi pemesejan yang digunakan oleh pegawai kerajaan Belanda, menurut agensi perisikan negara itu pada Isnin, sebagai sebahagian daripada apa yang disifatkan sebagai “kempen siber global berskala besar.”

Penggodam tersebut dipercayai cuba menembusi perbualan dalam WhatsApp dan Signal yang digunakan oleh pemimpin negara, anggota tentera serta penjawat awam, menurut laporan agensi perisikan Belanda AIVD.

Namun, agensi itu tidak menyatakan negara lain yang turut menjadi sasaran.

“Perkhidmatan perisikan Belanda juga percaya individu lain yang menjadi perhatian kerajaan Rusia, seperti wartawan, mungkin turut menjadi sasaran kempen ini,” kata AIVD dalam satu kenyataan.

Antara taktik paling kerap digunakan ialah penggodam menyamar sebagai bot sokongan Signal bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan maklumat keselamatan mereka.

Selain itu, penggodam turut mengeksploitasi fungsi “peranti dipautkan” pada aplikasi tersebut, yang membolehkan pengguna mengakses perbualan melalui komputer riba atau PC.

Menurut AIVD, selepas perbualan berjaya diceroboh, penggodam berupaya membaca semua mesej, dan memberi amaran bahawa mereka kemungkinan telah memperoleh maklumat sensitif melalui kempen ini.

Pengarah perisikan tentera Belanda, Peter Reesink, berkata walaupun aplikasi seperti Signal dan WhatsApp menawarkan penyulitan hujung ke hujung, ia tetap tidak sepatutnya digunakan untuk menghantar maklumat sulit, rahsia atau sensitif.

Pada Mac tahun lalu, Pentagon turut memberi amaran kepada kakitangannya melalui satu memo agar tidak menggunakan Signal berikutan ancaman daripada penggodam Rusia.

– AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Rusia Sekat WhatsApp, Gesa Pengguna Beralih Ke Alternatif Domestik
  • JPJ Lancar Aplikasi Lelong Kenderaan Sita

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY