Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggodam Muda Dipenjara Selepas Menyamar Sebagai Mafia Bagi Mengugut Dan Meminta Apple Membayarnya Sebanyak USD100 Ribu

Penggodam Muda Dipenjara Selepas Menyamar Sebagai Mafia Bagi Mengugut Dan Meminta Apple Membayarnya Sebanyak USD100 Ribu

Diterbitkan Disember 21, 2019 oleh ariff bukhari

Tertuduh mengugut akan mendedahkan 382 juta data pengguna storan iCloud.

Seorang penggodam muda yang berasal dari bandar London telah dipenjara hari ini selepas dia melakukan ugutan jenayah terhadap Apple.

Tertuduh yang bernama Kerem Albayrak telah mengaku salah terhadap tuduhan jenayah yang dilakukannya pada ketika dia berusi 19 tahun dulu.

Dia mengugut Apple dengan menyamar menggunakan nama ‘Turkish Crime Family‘ seolah-olah memberikan gambaran seperti terdiri dari sekumpulan grup penggodam dan mendakwa mampu mengakses berjuta data storan iCloud.

Pada mulanya dia telah mengugut Apple supaya membayarnya sebanyak 1000 kad iTunes atau USD75,000 dalam matawang kripto pada 12 Mac 2017 lalu.

Tetapi kemudiannya dia meminta pula bayaran sebanyak USD100,000. Pemintaan bayaran itu adalah bagi mengelakkan dia daripada mendedahkan dan menjual sebanyak 382 juta data pengguna servis storan awan iCloud Apple.

“Hello Apple I’ve decided to use all my servers and macroscripts on these accounts. If I don’t get by payment by 3 December I will be hacking every iCloud account I have extracting all the notes and dumping them online.”

Susulan dari ancaman yang diterima, Apple telah menghubungi tertuduh dan meminta supaya tidak melakukannya. Walaubagaimanapun, tertuduh marah dengan respon Apple itu.

“Well I would have tried to be nicer to you guys but your rep was being a complete p****. I’m not gonna release dump for free, I have a better plan, it’s going to wreck your company LOL and when it does you’ll be held responsible.”

Hacker who tried to blackmail Apple by threatening to delete 319 million accounts has been sentenced following an NCA investigation.

Read more ➡️ https://t.co/PcnX2iM7Wo pic.twitter.com/wlCJMCRJJr

— National Crime Agency (NCA) (@NCA_UK) December 20, 2019

Disabitkan kesalahan itu, dia telah mengaku salah atas pertuduhan yang dikenakan yang menyebabkan dia dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun. Selain itu, dia juga turut dilarang menggunakan sebarang perlatan elektronik selama 6 bulan dan perlu melakukan 300 jam aktiviti berkaitan kerja sosial.

Sumber: Dailymail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY