Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggodam Mengeksploitasi ‘Windows Error Reporting service’ Dengan Melepaskan Kraken

Penggodam Mengeksploitasi ‘Windows Error Reporting service’ Dengan Melepaskan Kraken

Diterbitkan Oktober 9, 2020 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Malwarebytes menemukan eskploitasi ke atas ciri dalam sistem operasi Windows iaitu ‘Windows Error Reporting service‘ (WER).

Serangan siber tersebut dikenali sebagai “Kraken”.

“...we discovered a new attack called Kraken that injected its payload into the Windows Error Reporting (WER) service as a defense evasion mechanism.” Malwarebytes.

WER kebiasaannya akan teraktif apabila berlaku sebarang gangguan terhadap kestabilan sistem atau ciri Windows dan perisian-perisian lain yang terdapat di dalamnya.

“When victims see WerFault.exe running on their machine, they probably assume that some error happened, while in this case they have actually been targeted in an attack.” Malwarebytes.

Penggodam Mengeksploitasi ‘Windows Error Reporting service’ Dengan Melepaskan Kraken
Sumber: Malwarebytes

Penyelidik menerangkan, penggodam menyerang ‘Windows Error Reporting service’ dengan menyucuk masuk ‘Kraken Loader‘ ke dalam komputer mangsa.

Ia dapat dilakukan apabila mangsa terpedaya dengan dengan pakej fail ZIP berjudul Compensation manual.doc. Fail tersebut adalah sebagai pancingan (phishing) bagi memperdaya mangsa kononnya ada kaitan dengan kerja-kerja mangsa.

Malangnya, apabila fail ZIP itu dibuka, ia akan mengaktifkan arahan meragukan dari pelayan yang dikawal penggodam seterusnya menggodam komputer mangsa.

Menurut Malwarebytes, sehingga kini mereka masih belum mengetahui siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Tetapi penyelidik mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan grup penggodam dari Vietnam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY