Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggambaran ‘The Batman’ Kini Disambung Semula Di U.K.

Penggambaran ‘The Batman’ Kini Disambung Semula Di U.K.

Diterbitkan September 18, 2020 oleh Nadiah Ab

Beberapa minggu yang lalu, Warner Bros. terpaksa menghentikan penggambaran filem The Batman seketika disebabkan bintang utama, Robert Pattinson, dijangkiti coronavirus. Berikutan kuarantin pencegahan Covid-19, pihak Warner Bros. semalam mengumumkan penggambaran kini telah disambung semula di U.K.

penggambaran the batman

The Batman, yang dijadualkan tayang pada 1 Oktober 2021, sebelumnya dihentikan penggambaran pada pertengahan Mac kerana pandemik yang memaksa penggambaran filem dan TV untuk berhenti seketika. Penggambaran dapat dijalankan hanya untuk beberapa hari sebelum diagnosis Robert Pattinson menghentikannya sekali lagi.

Filem ini berkisar sekitar tahun kedua Bruce Wayne bergiat dalam memerangi jenayah di Gotham. Video acah pertama filem itu telahpun dilancarkan di acara DC Fandome bulan lalu dan memperlihatkan Pattinson sebagai Dark Knight.

The Batman juga dibintangi oleh Zoë Kravitz sebagai Selina Kyle/Catwoman, Paul Dano sebagai Riddler, dan Colin Farrell sebagai the Penguin antara yang lain. Dalam pada itu juga, filem ini diarahkan oleh Matt Reeves.

Sumber: Variety & Digital Spy

Baca lagi: ‘Thor: Love and Thunder’, Bukan Filem Terakhir Chris Hemsworth

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY