Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple store

Malaysia Antara Negara Yang Dipertimbangkan Untuk Pengeluaran Produk Apple

Diterbitkan Jun 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Beberapa hari kebelakangan ini, terdapat spekulasi menyatakan Apple akan memindah keluar sebahagian pemasangan mereka keluar dari China. Perkembangan baru mengenainya, Apple kini dilaporkan telah meminta pembekal utama menilai kos implikasi pemindahan 15%-30% keupayaan pengeluaran dari China ke Asia Tenggara.

Menurut laporan Nikkei Asian Reviews yang dipetik dari Reuters, permintaan Apple itu adalah lanjutan daripada ketegangan antara perdagangan China dan Amerika Syarikat, namun walau apa pun keputusan yang diambil, ia tidak akan mengubah keputusan syarikat itu.

Syarikat-syarikat pemasang barisan produk Apple seperti Foxconn, Pegatron Copr, Quanta Computer, Compal Electronics dan Inventec dikatakan telah diminta untuk menilai pilihan selain China.

Malaysia turut dinyatakan sebagai negara yang berpotensi untuk pemindahan berkenaan disamping Mexico, India, Vietnam dan Indonesia.

Syarikat berpusat di Cupertino tersebut mula mempertimbangkan peralihan itu selepas melihat risiko kebergantungan pengilangan yang tinggi dan semakin meningkat di China.

Sumber: Reuters

Sumber foto utama: Deezen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY