Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengarah Pengurusan Produk Google Memuji Ciri Terbaru ‘Sign In with Apple’

Pengarah Pengurusan Produk Google Memuji Ciri Terbaru ‘Sign In with Apple’

Diterbitkan Jun 14, 2019 oleh ariff bukhari

Seteru bersetuju dengan ciri keselamatan terbaru yang diperkenalkan Apple.

Dalam pembentangan Apple di WWDC 2019, mereka telah pun perlihatkan salah satu ciri terbaru yang  dapat meningkatkan keselamatan pengguna apabila mereka log masuk ke dalam sesebuah akaun internet yang dimiliki dan juga aplikasi.

Ciri yang panggil sebagai ‘Sign In with Apple‘ merupakan penyelesaian dari Apple yang tidak lagi memerlukan penggunanya memasukkan maklumat atau mencipta kata laluan yang baru.

Apa yang anda perlukan lakukan sebaliknya hanyalah dengan sentuh pada butang Sign In with Apple atau menggunakan ciri imbasan wajah (Face ID) ataupun mengimbas cap jari (Touch ID) sahaja.

Ciri terbaru ini telah mendapat perhatian daripada Pengarah Pengurusan Produk Google, Mark Risher yang memuji ciri itu dalam temu bual beliau bersama The Verge,

“I honestly do think this technology will be better for the internet and will make people much, much safer. Even if they’re clicking our competitors button when they’re logging into sites, that’s still way better than typing in a bespoke username and password, or more commonly, a recycled username and password.”

Selain memegang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Produk Google, Mark Risher juga terlibat dalam pembangunan ciri log masuk ke akaun Google (single sign-on – SSO).

Beliau berpendapat, adalah penting bagi mereka sebagai pembangun teknologi kini mengambil langkah dengan mengurangkan penggunaan kara laluan yang mudah diteka penggodam.

Pengarah Pengurusan Produk Google Memuji Ciri Terbaru ‘Sign In with Apple’
Cara biasa yang digunakan pengguna bagi log masuk ke akaun sosial internet mereka agak terdedah kepada umum dan mudah dijejaki.

Sign In with Apple akan boleh digunakan pada semua peranti Apple, laman sesawang, aplikasi, komputer Windows serta peranti Android. Apple menyatakan ciri terbaru ini lebih mementingkan privasi pengguna di mana Apple tidak akan menjejaki penggunanya.

Untuk menggunakan ciri Sign In with Apple, anda haruslah memiliki akaun Apple dan turut mengaktifkan langkah pengesahan 2 faktor.

Pengarah Pengurusan Produk Google Memuji Ciri Terbaru ‘Sign In with Apple’

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY