Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penerbit One Piece Dan Overlord Saman Laman Cetak Rompak Mangamura

Penerbit One Piece Dan Overlord Saman Laman Cetak Rompak Mangamura

Diterbitkan Ogos 3, 2022 oleh ariff bukhari

Penerbit beberapa manga dari Jepun termasuklah Shueisha, Shogakukan dan Kadokawa yang menerbitkan manga siri popular seperti One Piece dan Overlord secara bersama telah memfailkan saman terhadap laman manga cetak rompak Mangamura.

Nilai keseluruhan tuntutan dalam saman itu adalah berjumlah 1.9 bilion Yen (~RM63,289,000.00) meliputi sebanyak 17 siri manga yang telah dicetak rompak oleh laman tersebut.

Judul-judul manga itu termasuklah Dorohedoro, Erased, Golden Rough, Hinamatsuri, Kanji wa Use o Ai Shisugiteru, Karakul Circus, Kengan Ashura, Kingdom, Mushoku Tensei, One Piece, Overlord, The Rising of the Shield Hero, Sgt. Frog, Tasogare Ryūseigun, Trinity Seven, Wise Man’s Grandchild and YAWARA!.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Shueisha, mereka menegaskan bahawa jika penat lelah hasil kerja pengkarya diberikan secara percuma, ia merosakkan asas kerja dalam menghasilkan karya yang menarik.

Ini bukanlah kali pertama Mangamura berdepan kes sebegini akibat kegiatan mencetak rompak manga. Sebelum ini pengendali laman tersebut bernama Romi Hoshino telah pun didapati bersalah atas kesalah pelanggaran hak cipta.

Malah Hoshino telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun dan dikehendaki membayar denda berjumlah  72 juta yen (~RM2,400,480.00).

Sumber: otakuusamagazine

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY