Ia pastinya amat ditunggu oleh para penduduk di situ kerana sebelum ini, daerah Kiulu hanya mempunyai liputan radio Spotty yang disokong dengan perkhidmatan 3G sahaja.
Kiulu merupakan sebuah pekan kecil yang berada di bawah daerah Tuaran, Pantai Barat Sabah.
Ia dimaklumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini.
Tidak terhenti setakat itu, usaha memperluaskan liputan 4G masih sedang giat dilaksanakan di enam lokasi utama di Kiulu iaitu di Pukak, Lokub, Mantob, Kitapol, Kampung Sinorut dan Kampung Gonipis.
Perluasan liputan 4G di daerah tersebut dilakukan bersamaan proses penyambungan gentian optik di kesemua menara pemancar di lokasi berkenaan yang melibatkan hampir 39 kilometer gentian optik.
Proses berkenaan dijangka siap pada akhir tahun 2020. Usaha penambahbaikan infrastruktur digital ini menggunakan dana Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
Perluasan liputan 4G ini sekaligus akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi, dan ekopelancongan di Kiulu yang terkenal dengan aktiviti sukan sungainya.
Berkaitan
- NVIDIA Lancar GeForce RTX 4080 Dan RTX 4090, Harga Dari ~RM4106
- Cip Terbaru Intel Mungkin Merevolusi Komputer Riba Windows
- Kecacatan Ciri Keselamatan Pada Cip Keluaran Qualcomm Mendedahkan Berjuta Pengguna Peranti Android Kepada Penggodam
- A.S Menangguhkan Sekatan Ke Atas Aplikasi TikTok
- Penyelidik Dakwa Ini Punca Sebenar Kuasa Bateri Telefon Pintar Habis Perlahan-Lahan
- Siri Xiaomi 11T Dan Xiaomi 11T Pro Dilancarkan Bersama Pengecas Hyper 120W
- Penyelidik Keselamatan Dedah Perisian Hasad Menyasarkan Platform Media Sosial
- iPad mini Kini Dengan Capaian 5G
- JPDP Serbu Premis Pengguna Data Sekitar Negeri Sembilan Dan Johor
- OnePlus Menawarkan Ganjaran Sebanyak USD7 Ribu Menerusi Program Ganjaran Pepijat