Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pendatang Baharu, Neotez Lancarkan 3 Monitor Dari Saiz 27″ Hingga 34″ Bermula RM799

Posted on Mac 17, 2022Mac 18, 2022

Neotez, jenama dari Australia kini telah secara rasmi menjengah pasaran Malaysia dengan penawaran monitor siri Aquila yang hadir dalam 3 saiz.

Neotez AQUILA 34 Gaming Monitor mempunyai saiz 34 inci ultra lebar dengan panel LCD lengkung bersama resolusi 3440 x 1440. Ia juga mempunyai tahap lengkungan 1500R dilengkapi teknologi Adaptive Sync. Sesuai untuk dimainkan permainan video, masa tindak balas (response time) pada monitor ini pula serendah 1ms. Ia merangkumi 99% daripada ruang warna sRGB dengan 93% DCI-P3 dan HDR400 dalam memberikan paparan terbaik.

Selain itu, panelnya mempunyai teknologi Anti-Glare untuk mengekang silau dan skrin bebas kelipan (flicker). Untuk sambungan, ia datang dengan port HDMI 2.0, dua port DisplayPort 1.4 dan port audio 3.5mm.

Dalam siri Aquila juga, saiz yang lebih kecil juga tersedia iaitu saiz 24 inci dan 27 inci. Menggunakan panel IPS beresolusi FHD dan QHD. Kedua-dua saiz ini juga mempunyai kadar segan 165Hz seperti saiz 34 inci dan disediakan Adaptive Sync. Aquila 24 dan Aquila  27 ini mampu memaparkan warna sRGB dengan liputan 100%.

Bagi anda yang akan membelinya, jangan lupa menuntut arm monitor siri SAGITTA untuk setiap pembelian.

Sekarang, Neotez sedang mengadakan promosi dengan diskaun bermula RM100 untuk setiap monitor.

  • Neotez AQUILA 24 (FHD) – RM899 RM799
  • Neotez AQUILA 27 (QHD)– RM1,549 RM1,399
  • Neotez AQUILA 34 (UWQHD) – RM2,099 RM1,899

Sumber: Siaran akhbar Neotuz

Baca juga:

  • Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27″ Dengan QHD 165Hz Diperkenalkan Berharga RM1,699
  • Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022
  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress