Bawah RM60, Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022

Awal tahun ini, kebanyakan syarikat telekomunikasi telah memperbaharui dan memperkenalkan pelan baharu untuk pakej prabayar mereka.

Pasti ramai yang sentiasa tercari-cari pakej termurah yang sesuai dengan penggunaan masing-masing. Tak perlu risau, di sini kami senaraikan beberapa pelan/pakej/pas internet prabayar di Malaysia setakat Mac 2022.

Diingatkan, artikel ini tidak merangkumi kesemua pelan dari setiap syarikat telekomunikasi tetapi menumpukan terhadap beberapa yang difikirkan sesuai untuk khalayak berdasarkan harga dan penawarannya.

Celcom


Celcom sering dikenali sebagai penyedia perkhidmatan dengan liputan paling luas di Malaysia dengan kempen Wilayah Celcom sejak beberapa tahun dahulu. Melalui Xpax, berikut ialah tawaran yang disediakan untuk anda.



Bagi pakej internet bulanan tanpa had ini, ia hadir serendah RM35 sehinggalah RM53 sebulan.

  • RM35

    • Internet tanpa had (3Mbps)

    • Hotspot 3GB

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 60GB (jatuh ke 512kbps)



  • RM38

    • Internet tanpa had (3Mbps)

    • 5GB tanpa had kelajuan

    • Hotspot 3GB

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 60GB (jatuh ke 512kbps)

    • Akses iQiYi percuma untuk 6 bulan



  • RM43

    • Internet tanpa had (3Mbps)

    • 5GB tanpa had kelajuan

    • Hotspot 3GB

    • FUP 60GB (jatuh ke 512kbps)

    • Panggilan tanpa had

    • Akses iQiYi percuma



  • RM45

    • Internet tanpa had (6Mbps)

    • 5GB tanpa had kelajuan

    • Hotspot 6GB

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 60GB (jatuh ke 512kbps)



  • RM48

    • Internet tanpa had (6Mbps)

    • 10GB tanpa had kelajuan

    • Hotspot 6GB

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 60GB (jatuh ke 512kbps)



  • RM50

    • Internet tanpa had (6Mbps)

    • 5GB tanpa had kelajuan

    • Hotspot 6GB

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 60GB (jatuh ke 512kbps)

    • Akses iQiYi percuma



  • RM53

    • Internet tanpa had (6Mbps)

    • 10GB tanpa had kelajuan

    • Hotspot 6GB

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 60GB (jatuh ke 512kbps)

    • Akses iQiYi percuma




Beza antara kedua-dua RM38 dan RM43 ini adalah akses VIP iQiYi di mana pakej RM38 hanya menawarkannya untuk 6 bulan. Pakej RM48 pula hampir sama dengan RM45 namun hanya mempunyai kelebihan pada internet tanpa had sebanyak 10GB. Kedua-dua ini tidak mempunyai akses percuma VIP iQiYi.



Pakej RM50 juga mempunyai kelajuan 6Mbps, 6GB kuota hotspot, panggilan tanpa had bersama internet tanpa had kelajuan sebanyak 5GB. Jika anda mahukan kuota lebih bagi internet tanpa had, langgan sahaja pakej RM53 kerana itu sahaja perbezaan antara dua pakej ini.

Hotlink


Hotlink menawarkan dua pelan prabayar iaitu Pantas dan Tanpa Had namun kami memilih untuk menumpukan terhadap pelan Tanpa Had kerana ia dinilai lebih barbaloi.

Berdasarkan laman web Hotlink, pakej termurah Tanpa Had adalah berkelajuan 3Mbps yang berharga RM45, sama dengan pakej berkelajuan 6Mbps. Terdahulu, pas ini hanya berharga RM35 namun melalui semakan saya, ia masih kekal RM35 di aplikasi Hotlink. Mungkin harga baharu RM45 ini hanya untuk pelanggan baharu.



  • RM35/45

    • Internet tanpa had (3Mbps)

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 50GB (jatuh ke 512kbps)

    • Akses VIU percuma



  • RM45

    • Internet tanpa had (6Mbps)

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 50GB (jatuh ke 512kbps)

    • Akses VIU percuma



  • RM60

    • Internet tanpa had (18Mbps)

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 50GB (jatuh ke 512kbps)

    • Akses VIU percuma




Namun, bagi anda mempunyai bajet lebih RM60, sebuah lagi pas berharga RM85 turut tersedia.

  • RM85

    • Internet tanpa had (18Mbps)

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 50GB (jatuh ke 512kbps)

    • Akses VIU percuma

    • Akses sooka VIP+Sports selama 30 hari




Berkenaan hotspot pula, pakej internet di atas hanya untuk penggunaan data pada telefon anda sahaja. Anda boleh membeli Pas Hotspot pada RM5 untuk 30 hari untuk nikmati hotspot tetapi kelajuannya berdasarkan pas dibeli dan penggunaannya dikira dalam 50GB FUP walaupun dikatakan tanpa had.

Misalnya, jika anda telah menggunakan 40GB pada telefon, 5GB melalui hotspot, anda hanya berbaki 5GB sebelum memenuhi kelajuan diturunkan ke 512Kbps.



Hotlink juga mengingatkan pengguna bahawa ujian kelajuan Ookla akan menunjukkan kelajuan sebelum dihadkan oleh Pas Internet Tanpa Had yang anda beli pada 3Mbps, 6Mbps atau 18Mbps.

Digi


Digi menawarkan banyak pelan untuk perkhidmatan prabayarnya dan salah satunya ialah NEXT. Di bawah Next, 3 pas internet ditawarkan iaitu Next 15, Next 30 dan Next 35.

Next 15 (RM15) hadir dengan kuota 6GB, NEXT 30 (RM30) untuk 30GB dan NEXT 35 (RM35) untuk 30GB. Hanya pas Next 35 hadir dengan panggilan tanpa had. Disebabkan ia mempunyai kuota, maka tidak ada FUP dikenakan.

  • NEXT 15 (RM15)

    • Kuota 6GB (tanpa had laju)



  • NEXT 30 (RM30)

    • Kuota 20GB (tanpa had laju)



  • NEXT 35 (RM35)

    • Kuota 30GB (tanpa had laju)

    • Panggilan tanpa had




Jika anda membeli pas dengan auto-renewal, anda akan diberikan penggunaan tanpa had tanpa menolak kuota bagi TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook serta hotspot dari 1GB hingga 3GB.



Satu lagi pas NEXT 45 (RM45 untuk 40GB) juga ditawarkan melalui MyDigi tetapi sudah tidak dikongsi di laman web Digi.

Antara add-on yang ditawarkan ialah internet tambahan 1.5GB berharga RM3, muzik tanpa had dengan RM3, video tanpa had dengan RM20 dan hotspot 20GB untuk RM15.



Pun begitu, melalui aplikasi MyDigi, pengguna terpilih dapat memanfaatkan pelan spesifik yang tidak dipaparkan melalui laman web Digi. Antaranya ialah pas internet tanpa had (tanpa FUP) dengan kelajuan 3Mbps untuk RM35 dan kelajuan 6Mbps untuk RM55.



Pas RM35 ini bagaimanapun bukan NEXT 35 kerana ia membawakan penawaran yang berbeza di mana NEXT 35 hanya mempunyai kuota sebanyak 30GB dan pas RM35 ini juga tidak dilabel NEXT.



Melalui carian saya, ada peniaga di Shopee yang memaklumkan pelan tanpa FUP berharga RM35 dan RM55 ini hanya tersedia untuk pelanggan dengan alamat kad pengenalan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Johor dan Sabah. Tidak pasti sejauh manakah kebenaran ini di pihak Digi.

Selain itu, pengguna juga akan boleh mendapat tawaran lain melalui Box of Surprise.

Dalam pada itu, pakej Belia turut ditawarkan dengan RM20 untuk 15GB tetapi dengan auto-renewal, anda juga boleh menggunakan 4 aplikasi sosial tanpa had bersama 1GB hotspot. Pakej Remaja Keluarga Malaysia pula memberikan internet sebanyak 20GB pada RM30 untuk tempoh 90 hari.

Untuk mereka yang mempunyai bajet lebih, dan menggelar diri seorang gamer, pelan RDY dibuat khas untuk anda yang menumpukan terhadap pengalaman permainan yang lebih baik bersama kadar latency yang rendah. Untuk promosi, ia ditawarkan pada RM68 sebulan pada kuota setinggi 50GB.



Sebuah lagi pakej yang menumpukan terhadap warga antarabangsa dan mereka yang sering menggunakan IDD bagi panggilan antarabangsa, pelan Raja Kombo mungkin sesuai untuk anda. Ia hadir serendah RM15 sehingga RM45 dengan kuota dari 0.5GB sehingga 25GB bersama akses YouTube tanpa had.


U Mobile


Pelopor kepada internet tanpa had di Malaysia ini terkenal dengan pelan Giler Unlimited, GX yang menawarkan internet tanpa kuota, tanpa FUP tersembunyi. Namun, GX prabayar sudah tidak diiklankan di laman web U Mobile, mungkin mereka mahu menumpukan lebih pada pelan baharu, U25 dan U35.



  • U25 (RM20 harga promosi, harga biasa RM25)

    • Internet tanpa had

    • Panggilan tanpa had

    • FUP 30GB (jatuh ke 512kbps)

    • Booster sejam sehari

    • Sedia untuk 5G



  • U35 (RM35)

    • Internet tanpa had

    • Panggilan tanpa had

    • Hotspot 3GB

    • FUP 100GB (jatuh ke 512kbps)

    • Booster sejam sehari

    • Sedia untuk 5G




Pelan GX tidak diiklankan lagi di laman web U Mobile namun mungkin masih tersedia di aplikasi MyUMobile.



  • GX30 (RM30)

    • Internet tanpa had (3Mbps)

    • Hotspot 6GB



  • GX38 (RM38)

    • Internet tanpa had (3Mbps)

    • Hotspot 6GB

    • Panggilan tanpa had




YES


Untuk prabayar YES, disebabkan mereka telah menawarkan rangkaian 5G, maka pakej terbahagi pada dua iaitu Kasi Up yang telah lama disediakan jadi ia hanya menawarkan rangkaian 4G manakala FT5G (First To 5G) yang terbaharu yang menawarkan 4G dan 5G.



Untuk FT5G pula, dua pas ditawarkan, FT5G 30 Unlimited dan FT5G RM49 100GB.

  • FT5G RM30 Unlimited (RM30)

    • 5G tanpa kuota dan tanpa had kelajuan untuk data dan hotspot

    • 4G tanpa had (7Mbps) dengan hotspot 9GB

    • Strim video kualiti standard (SD).

    • Panggilan tanpa had



  • FT5G RM49 100GB (RM49)

    • 5G tanpa kuota dan tanpa had kelajuan untuk data dan hotspot

    • 4G berkuota 100GB tanpa had kelajuan dengan hotspot 9GB

    • Panggilan tanpa had.




Di laman web YES, pakej RM49 diiklankan untuk pascabayar tapi barangkali untuk pek sim baharu sahaja kerana melalui percubaan kami yang sedia menggunakan pelan prabayar, pakej ini boleh sahaja melalui aplikasi MyYes.



Seperti diketahui, 5G hanya tersedia di KL, Putrajaya dan Cyberjaya dan harga pelan ini mungkin berubah selepas DNB menamatkan percubaan rangkaian 5G pada Jun 2022 nanti.

Diingatkan, YES hanya menggunakan rangkaian 4G dan 5G jadi liputannya sangat terhad. Pastikan periksa dahulu liputan di kawasan anda sebelum membelinya.

YES juga dikatakan tidak mesra iPhone kerana banyak penggunanya melaporkan mereka tidak dapat membuat panggilan melalui peranti mereka. Pun begitu, beberapa tip ada dikongsi di laman sosial oleh pengguna untuk membolehkan panggilan dilakukan.

Jika anda menggunakan peranti Android, pastikan peranti anda menyokong VoLTE iaitu ciri panggilan melalui rangkaian 4G/LTE kerana jika tidak, anda juga tidak dapat membuat dan menerima panggilan.

Tune Talk


Bagi yang belum maklum, Tune Talk menggunakan rangkaian Celcom jadi jika kawasan anda mempunyai liputan Celcom yang baik, pakej daripada Tune Talk antara yang boleh dipertimbangkan.

Dalam pelam Hi Value, 4 pas internet ditawarkan bermula RM20 sehingga RM48.

  • Tune Unlimited (RM48)

    • Internet tanpa had (6Mbps)

    • Panggilan tanpa had

    • Hotspot 5GB

    • FUP 100GB (jatuh ke 64kbps)






Tune Talk juga mempunyai pelan lain seperti Value dan Cun Value namun Tune Unlimited ini nampak cukup dan lebih berbaloi memandangkan ia hadir dengan internet tanpa had.

Untuk #SureOne pula, 3 pelan ditawarkan namun semuanya mempunyai kuota.


Yoodo


Yoodo juga menggunakan rangkaian daripada Celcom jadi anda boleh mencongak-congak tawaran Yoodo seandainya liputan di kawasan anda mempunyai prestasi yang bagus.

Yoodo agak unik kerana ia membenarkan anda menyelaras dan memilih sendiri berdasarkan penggunaan. Jadi, ia tidak ada pelan spesifik. Sebagai contoh, gambar di bawah.



Tetapi, kini ia telah terbahagi kepada dua, iaitu internet berkelajuan tinggi dan tanpa had. Untuk tanpa had ini, anda boleh pilih sama ada mahukan kelajuan maksimum 3Mbps atau 6Mbps, selebihnya seperti minit panggilan, SMS anda boleh laraskan sendiri.

Namun, pada harga paling murah bagi pelan internet tanpa had, anda boleh mendapatkan pakej ini:

  • RM35

    • Internet tanpa had (3Mbps)

    • Hotspot 6GB

    • Panggilan 100 minit



  • RM43

    • Internet tanpa had (6Mbps)

    • Hotspot 6GB

    • Panggilan 100 minit






Jika anda tetapkan hotspot dan minit panggilan ke sifar sekalipun, harga tetap sama jadi lebih baik anda masukkan sahaja kerana ia seolah-olah diberi percuma. Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan e-sim di mana kod QR akan dihantar melalui e-mel. Jadi, anda tidak perlu keluar rumah sekalipun dalam membeli nombor baharu Yoodo.

Yoodo tidak mempunyai sebarang kedai atau pusat perkhidmatan, semuanya dilakukan melalui dalam talian. Jadi, jika anda mempunyai sebarang isu, anda perlu menghubungi mereka melalui aplikasi Yoodo, talian, WhatsApp dan seumpamanya.

Unifi Mobile


Dahulunya dikenali sebagai webe, Unifi Mobile menawarkan pelan dinamakan BEBAS2NJOY dengan hanya 1 pakej ditawarkan untuk bulanan.

Bukan sahaja pengguna mudah membuat pilihan, internet dan hotspot diberi juga langsung tidak dipisah mahupun dihadkan.

  • Bebas Bulanan (RM35)

    • Internet tanpa had

    • Hotspot tanpa had




Seperti YES juga, ia mempunyai liputan terhad dan perkhidmatan internet hanya boleh digunakan dalam rangkaian 4G. Jadi, semak teliti dahulu liputannya di kawasan diingini.

Terdapat pengguna melaporkan FUP Bebas adalah sekitar 1TB walaupun tiada maklumat rasmi kami dapati di laman web unifi.

Itu sahaja pelan yang kami kongsikan setakat ini. Bagi tawaran atau perkhidmatan daripada penyedia lain yang tidak tersenarai, kami mungkin akan memasukkannya dalam artikel lain selepas ini.

Baca juga:

Berkaitan