Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Posted on Mei 18, 2021Mei 19, 2021

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang ingin mengambil vaksin AstraZeneca secara sukarela kerana pendaftaran akan dibuka sekali lagi.

Pendaftaran pengambilan vaksin fasa kedua akan dibuka untuk warga berusia atas 60 tahun selama tiga hari bermula 23 Mei ini.

Baca juga – Cara Daftar Tanggungan Untuk Vaksinasi COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, keutamaan diberikan kepada warga emas dan kawasan yang merekod kes yang tinggi seperti Lembah Klang, Johor, Penang, dan Sarawak.

Tambahnya, vaksin ini turut akan dihantar ke rumah jagaan warga tua.

The next AstraZeneca opt in will open on 23 May and will only be available to above 60s in Selangor, KL, Penang, Sarawak & Johor where cases are highest. Bookings via website & community clinic outreach. AZ will also be sent to elderly care homes.

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 17, 2021

Selain itu, keutamaan juga diberi kepada individu dalam senarai menunggu yang telah mendaftar vaksin AstraZeneca fasa pertama.

“Selepas 26 Mei, tawaran akan dibuka kepada mereka yang berusia di bawah 60 tahun,” tambah Khairy dalam sidang media secara maya semalam.

Pendaftaran pengambilan vaksin fasa kedua ini boleh dibuat secara atas talian pada 23 Mei ini melalui laman rasmi vaksin kerajaan.

Baca juga – Aplikasi MySejahtera Boleh Jadi Super App

Disamping itu, pendaftaran warga emas juga akan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau klinik komuniti di kawasan masing-masing.

Sumber: Bernama 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress