Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton eMas 7_2

Pendaftaran Kereta Elektrik Meningkat 85% Berbanding Tahun Lalu

Diterbitkan Julai 15, 2026 oleh Aminuddin Ahmad

Jumlah kereta elektrik yang didaftarkan sepanjang 2026 setakat Jun kini telah mencecah 31,738 unit, menurut portal milik kerajaan data.gov.my.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 85% berbanding tempoh sama (Jan-Jun) tahun 2025 iaitu sebanyak 17,143 unit.

BYD ATTO 2

Lebih menarik, jumlah tersebut sudah mewakili lebih 70% daripada keseluruhan 44,813 EV yang didaftarkan sepanjang tahun 2025.

Jika graf ini konsisten, kita akan lihat jumlah keseluruhan pada 2026 akan lebih tinggi berbanding 2025.

proton e.mas 5

Walaupun beberapa insentif khas untuk EV termasuk pengecualian cukai jalan telah berakhir pada penghujung 2025, permintaan terhadap kereta elektrik masih menunjukkan momentum yang kukuh.

Kenapa EV semakin meningkat?

Antara faktor yang mungkin menyumbang kepada peningkatan ini ialah ketidaktentuan harga bahan api susulan konflik geopolitik, selain kemunculan model EV yang lebih mampu milik seperti Proton e.MAS.

proton e.mas

10 model EV paling banyak didaftarkan

Berdasarkan data dari Januari hingga Jun 2026, inilah model paling laku di Malaysia buat masa ini.

  1. Proton e.Mas 5
  2. Proton e.Mas 7
  3. Tesla Model Y
  4. Tesla Model 3
  5. BYD Atto 3
  6. Zeekr 7X
  7. iCaur V23
  8. BYD Sealion
  9. iCaur 03
  10. BYD Seal 6

Kepada pengguna kereta elektrik terutamanya Proton e.MAS, apa kata anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Berkaitan

  • Proton e.MAS Dominasi Pasaran NEV Tempatan – Rekod 321% Pertumbuhan Bantu Proton Catat Prestasi Terbaik Dalam 15 Tahun
  • 6,416 Unit Pengecas Awam EV Telah Dipasang Di Seluruh Negara Setakat Mei 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY