Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s all-new line up of its dynamic MegaTank printers on display at the launch event.

Pencetak Canon MegaTank Baharu Kini Boleh Mula Ditempah Pada Harga Bermula RM670

Diterbitkan Oktober 13, 2023 oleh Muhd Idham

Canon Malaysia mengumumkan kejayaan mereka dalam acara Produktiviti Mega bersama Canon dengan pembaharuan produk pencetak mereka.

Dengan kerjasama Thrive Well, pengumuman itu diadakan bersempena untuk meraikan Hari Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia.

Dalam acara itu, Canon memperkenalkan tambahan terbaru bagi pencetak siri G, siri TS dan siri GX untuk memenuhi keperluan dan kepuasan para pengguna.

Dua pencetak siri G iaitu G2730 dan G3730 diperkenalkan dengan pencetak inkjet 3 dalam 1.

Manakala, siri TS kini mempunyai dua pencetak foto premium baharu, TS7770 dan TS7770A yang dikatakan memberi kualiti pencetakan kreatif yang meningkat.

Selain itu, siri GX, GX1070, GX2070 dan GX5570, juga mendapat penambahan baharu dalam melengkapkan barisan pencetaknya, khas untuk perniagaan.

Featured Image – Wiser Article (2)

Tambahan pula, acara itu juga mempamerkan slogan baharu mereka untuk siri PIXMA G dan GX iaitu MegaTank. Ia menawarkan:

  • Botol dakwat yang berkapasiti tinggi
  • Reka bentuk intuitif dan cara persediaan yang mudah
  • Penyelenggaraan boleh tanggal
  • Dokumen dan foto yang berkualiti tinggi

Pencetak Canon MegaTank Baharu Kini Boleh Mula Ditempah Pada Harga Bermula RM670

Pra-pembelian G2730 dan G3730 akan bermula pada 16 Oktober 2023 ini, berikut adalah harganya:

  • PIXMA G2730 – (RM670)
  • PIXMA G3730 – (RM800)

Untuk tempahan, anda boleh terus ke laman rasmi Canon Malaysia.

Berkaitan

  • Honor Watch 4 Pro, Jam Tangan Pintar Dengan Ketahanan 10 Hari
  • Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Untuk Banteras Jenayah Scam
  • Siri realme 10 Kini Lebih Murah, Harga Bermula RM899
  • Sektor Telekomunikasi Dikecualikan Dari Cadangan Kenaikan Cukai Perkhidmatan

Sumber: Siaran Media Canon Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY