Pemindahan Fail Dari Samsung Ke Peranti Lain Lepas Ini Lebih Pantas

Samsung dilaporkan untuk memperkembangkan lagi fungsi perkongsian fail mereka dengan peranti Android yang lain. Mereka bersetuju untuk turut serta dalam Mutual Transmission Alliance (MTA).

Samsung Quick Share sememangnya pantas tetapi ia jadi sebegitu untuk peranti dari Samsung sahaja. Jika mahu berkongsi pada peranti selainnya, fungsi Google Nearby Share perlu digunakan.

Baca juga - Jenama Ini Pesat Berkembang Dalam Pasaran Telefon 5G

Namun, kelajuan Nearby Share tidak sepantas Quick Share. Disebabkan itulah, Samsung setuju dengan protokol MTA. Dengan ini, Samsung mungkin akan menambahbaik lagi Quick Share yang sedia ada.



Berbalik pada MTA, perpindahan seperti fail, gambar, video atau lain-lain akan lebih mudah serta pantas untuk dibuat pada peranti jenama lain walaupun tanpa ada sambungan internet. Sama seperti Google Nearby Share atau Apple AirDrop.

Baca juga - Samsung Ada Teknologi Baru, Tawar Prestasi 'Flagship' Pada Telefon Mampu Milik

Di dalam protokol itu, terdapat jenama-jenama seperti Xiaomi, vivo, realme, OPPO, OnePlus, ZTE, ASUS, Black Shark, Hisense dan Meizu.

Pun begitu, Samsung belum mengesahkan bilakah fungsi ini akan ditawarkan kepada pengguna.

Sumber: sammobile