Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Pemilik Volvo Di China Dakwa Kereta Mereka Dilengkapi Sistem Audio ‘Bowers & Wilkins’ Palsu

Beberapa Pemilik Volvo Di China Dakwa Kereta Mereka Dilengkapi Sistem Audio ‘Bowers & Wilkins’ Palsu

Diterbitkan Februari 27, 2025 · Dikemas kini Februari 27, 2025 oleh ariff bukhari

Bowers & Wilkins, jenama audio mewah dari Britain yang digunakan dalam kereta BMW, Aston Martin, dan McLaren, sepatutnya menawarkan pengalaman audio premium.

Namun, beberapa pemilik Volvo di China mendapati mereka tidak mendapat apa yang dijanjikan.

Isu ini timbul apabila seorang pemilik Volvo S60 menyedari bahawa pembesar suara tengah “Tweeter-on-Top” dalam keretanya tidak berjenama Bowers & Wilkins tetapi “Bovvers & VVilkins,” dengan dua huruf “V” menggantikan “W.”

Gambar yang disiarkan oleh Liberty Times dan Sohu mengesahkan perkara ini.

Pemilik tersebut juga mengesyaki tombol gear kristalnya adalah tiruan kerana tiada pencahayaan belakang seperti kebiasaan.

Apabila pemilik itu mengadu kepada pusat jualan, wakil jualan yang tidak fasih berbahasa Inggeris mendakwa jenama itu adalah asli dan menyatakan bahawa pembesar suara tiruan juga berkualiti baik.

Beberapa pemilik Volvo lain di China turut melaporkan masalah serupa.

Volvo China memberi respons dengan menyatakan bahawa mereka mengambil serius isu ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang merugikan pelanggan.

Syarikat itu juga menegaskan bahawa ia mempunyai sistem ketelusan dalam mengesan aksesori asli dan sedang menjalankan siasatan khas.

Masih belum jelas sama ada ini berpunca daripada pengedar yang menukar alat ganti premium dengan versi tiruan atau ada isu yang lebih besar di sebaliknya.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Penyelidik UK: EV Boleh Mencemarkan Udara Melalui Pad Brek Dan Tayar
  • Permainan Konsol Dan PC 'Upin & Ipin Universe' Akan Dilancarkan Tahun Ini

Sumber: AutoDrive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
©2026 WISER.MY