Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Polestar phone

Pembuat EV Milik Bersama Geely Dan Volvo Kini Keluarkan Telefon Pintar Android Pula

Diterbitkan April 29, 2024 · Dikemas kini April 29, 2024 oleh ariff bukhari

Pembuat kenderaan elektrik milik bersama Volvo dari Sweden dan Geely dari China, Polestar rancang untuk melancarkan model telefon pintar Android terbaru di China yang direka menggunakan perisian berasaskan Android “FlyMe Auto” daripada rakan kongsi korporat Xingji Meizu Group.

Telefon pintar itu yang belum didedahkan nama modelnya dilaporkan dilengkapi storan sehingga 1TB dan kamera 50 megapiksel dan ia direka untuk bertindak sebagai teman kepada sistem info hiburan dalam EV Polestar.

Ia termasuklah sebagai kunci kereta digital yang akan “menghidupkan” kereta secara automatik apabila pengguna berada berdekatan EV tersebut. Syarikat itu kini menerima tempahan di China, dengan mengenakan bayaran kira-kira $1,019  (~RM4,865) untuk peranti itu.

Polestar phone

“Kami juga memerlukan langkah pertahanan kami kerana industri automotif menggabungkan lebih banyak teknologi pintar dan elektronik pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Xingji Meizu, Shen Ziyu kepada Bloomberg dalam satu temu bual.

Untuk pasaran China, Polestar mempromosikan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk telefon pintarnya yang dikuasakan sebahagiannya oleh salah satu cip Snapdragon terbaharu Qualcomm.

Polestar berkata AInya akan dapat menjawab soalan; mengedit dan menyusun foto; dan membantu pengguna membalas perbualan sembang dengan lebih mudah.

EV pOLESTAR 4
Antara model EV baharu keluaran Polestar, SUV coupé Polestar 4.

Walau bagaimanapun, jurucakap Polestar berkata mereka “tidak bercadang untuk membawa telefon itu ke pasaran lain pada peringkat ini.”

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: CNET, Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY