Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OZON 1

Pembesaran Lubang Ozon Gergasi Di Antartika Semakin Perlahan – NOAA

Diterbitkan Ogos 29, 2022 · Dikemas kini Ogos 29, 2022 oleh ariff bukhari

Saintis Pentadbiran Lautan Dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) mengumumkan, analisis tahunan ke atas sampel udara yang dikumpulkan di beberapa lokasi terpencil di seluruh dunia yang menjejaki penurunan berterusan kepekatan atmosfera dan bahan penipisan ozon menunjukkan, ancaman kepada lapisan ozon telah surut pada tahun 2022.

Menurut NOAA, kepekatan keseluruhan bahan penipisan ozon di stratosfera telah menurun sehingga 50% pada awal tahun 2022.

Menunjukkan ia telah kembali ke tahap ketika pemerhatian yang dibuat mereka pada tahun 1980 dahulu.

Berkaitan

  • Saintis Mendapati Lapisan Ozon Bumi Semakin Pulih Dan Berpotensi Pulih Sepenuhnya
  • Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi
  • Kedudukan Satelit Turun Mendadak Ke Atmosfera Bumi Membimbangkan Saintis
Pembesaran Lubang Ozon Gergasi Di Antartika Semakin Perlahan – NOAA
Indeks Gas Pengurangan Ozon (ODGI) berbanding masa yang dikira untuk stratosfera Antartika dan latitud pertengahan. Kredit: Makmal Pemantauan Global NOAA

Dalam tahun 1980 dahulu, ahli saintis mendapati kelas bahan kimia buatan manusia secara serius telah merosakkan lapisan ozon yang melindungi Bumi sehingga mewujudkan “lubang” gergasi dalam lapisan ozon di atas Antartika.

NOAA menyatakan, walaupun kemajuan itu perlahan tetapi ia adalah mantap sejak tiga dekad lalu hasil pematuhan antarabangsa dalam Protokol Montreal mengenai Bahan-bahan yang Mengurangkan Lapisan Ozon.

“Ia menggembirakan melihat kemajuan ini. Tetapi pada masa yang sama agak masih jauh untuk mendakwa isu kekurangan ozon ini berada di belakang kita.” kata Stephen Montzka, saintis kanan Makmal Pemantauan Global NOAA.

Sumber: NOAA Research

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY