Pemberian RM50 Untuk e-Dompet Dijangka Akan Mula Diagihkan Pada 31 Julai Ini

Pada awal Jun lalu, kerajaan telah mengumumkan rakyat Malaysia bakal menikmati RM50 yang akan dikreditkan melalui e-Dompet. Ia akan disalurkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta mempunyai pendapatan tahunan kurang RM100,000 setahun.

Selain pengkreditan RM50 untuk e-Dompet, ia turut dipadankan dengan baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal.

pengagihan 31 Julai

Terbaru, Tealive telah memuat naik satu kiriman di Facebook yang memberikan bayangan tarikh pengagihan ePenjana. Menerusi kiriman itu, ia menyatakan pelancaran ePenjana adalah pada 31 Julai ini.



Buat masa ini, kerajaan masih belum mengumumkan tarikh sebenar pengagihan RM50 untuk e-Dompet. Namun, kita boleh menjangkakan ia akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari kerajaan.