Berikutan itu, anda kini boleh memperbaharui lesen memandu secara dalam talian melalui sistem myEG bermula hari ini. Untuk melakukan transaksi termasuk pembaharuan lesen memandu melalui sistem ini, pendaftaran akaun perlu dibuat terlebih dahulu.
Setiap pembaharuan lesen memandu ini hanya boleh dilakukan untuk pemilik akaun yang mendaftar sahaja. Ini bermakna, anda tidak boleh membuat pembaharuan lesen memandu bagi pihak ketiga.
Sementara itu, tempoh pembaharuan lesen adalah dari 1 hingga 5 tahun. Terdapat dua kaedah pengambilan yang boleh dilakukan sama ada melalui Pusat e-Khidmat (terhad kepada beberapa kawasan sahaja) atau secara penghantaran (delivery).
Caj dan tempoh penghantaran adalah mengikut kawasan dengan 2 hingga 5 hari bekerja. Bagi proses pembayaran pula, terdapat dua kaedah yang disediakan iaitu secara kad kredit atau perbankan dalam talian (online banking).
Untuk maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen memandu secara dalam talian, layari laman myEG.
Berkaitan
- ROG Phone 5 Diperlihatkan Dengan Pilihan Warna Baharu
- Perkhidmatan Pemasangan Dan Penyelenggaraan Internet Kini Dibenarkan Di Zon Hijau
- Kiplepay Maklum Pengguna Risiko Pencerobohan Data Pihak Ketiga
- realme 7i Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM999
- Terpaksa Benarkan 'Sideloading' iPhone, Apple Kata Ini Salah Faham Mengenainya
- Syarikat China Dilapor 'Intai' Firma Malaysia Untuk Pemasangan Cip
- YouTube Untuk Android TV Kini Menyokong Penstriman Video 8K
- Seorang Kakitangan SKMM Disahkan Positif Covid-19, Kaunter Aduan Pengguna Ditutup
- Kementerian Komunikasi Dan Digital Perhalusi Isu Keselamatan Siber, Data Peribadi
- Kajian: Apple Kumpul Data Pengguna Paling Sedikit Berbanding Twitter, Google