Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seperti Kembali Guna Kuda, Pemandu EV Tak Akan Beralih Semula Ke Petrol – Geely

Seperti Kembali Guna Kuda, Pemandu EV Tak Akan Beralih Semula Ke Petrol – Geely

Diterbitkan November 6, 2024 ยท Dikemas kini November 6, 2024 oleh Amalina Athman

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) semakin memperoleh momentum di peringkat global, dengan China berada di barisan hadapan dalam peralihan ke arah pengangkutan mesra alam.

Ketua Komunikasi Global Geely Holdings Group, Ashley Sutcliffe berkata pemandu tidak akan kembali menggunakan kenderaan berkuasa petrol apabila mereka telah beralih kepada EV, sekali gus menekankan potensi transformatif pasaran itu.

Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa. Saya dengan selesa memandu sejauh 3,000km di jalan raya, dan bil elektrik sebanyak 415 yuan (~RM255). Sekiranya menggunakan kereta berkuasa petrol, kosnya membabitkan sekurang-kurangnya 1500 yuan (~RM922). Harga petrol di sini sekali ganda lebih mahal daripada di Malaysia..

Sutcliffe berkata EV menyumbang 53% atau kira-kira dua juta unit kepada jualan kereta bulanan di China dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Lonjakan itu didorong oleh infrastruktur pengecasan yang meluas dan harga yang berpatutan.

Pada peringkat awal, model EV berharga antara 500,000 hingga 600,000 yuan, namun kini ditawarkan serendah 30,000 yuan (~RM18,453) – menjadikan EV boleh diakses oleh pasaran yang lebih luas dan meningkatkan popularitinya.

Dalam pada itu, beliau berkata pasaran EV Malaysia masih di peringkat awal tetapi mempunyai potensi cerah. Ditambah pula dengan sumber tenaga baharu seperti solar, angin dan hidro yang akan memudahkan pembangunan infrastruktur EV di negara ini.

Berkaitan

  • Cukai Jalan EV Akan 85% Lebih Murah Dari Kadar Sedia Ada, Berkuat Kuasa 1 Januari 2026
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Jepun Hairan "Bagaimana China Boleh Hasilkan EV Pada Kos Yang Begitu Rendah"
  • Geely Perkenalkan Galaxy Starship 7, PHEV Dengan Julat Sejauh 1,430Km

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY