Pemain Gran Turismo 7 Akan Dapat Merasai Sistem Brek ABS Pada Alat Kawalan Konsol PS5

Salah satu ciri utama terbaru yang diperkenalkan pada alat kawalan permainan konsol PlayStation 5 adalah ciri adaptive triggers.

Menurut Sony, pemain akan dapat merasai debaran pada masa sebenar serta kejutan ketika bermain menerusi ciri haptic feedback dan adaptive triggers dari alat kawalan tanpa wayar terbaru PS5 tersebut.

Bagi pembangun permainan pula, mereka cuba memanfaatkan ciri baru tersebut secara khusus pada permainan yang dibangunkan bagi menjadikan permainan tersebut lebih mengujakan.

Sebagai contoh, salah satu cara yang cuba dimanfaatkan ciri baru itu oleh pembangun permainan Gran Turismo adalah dengan memberikan pemain merasai kesan sistem brek ABS (Antilock Break System) ketika mereka membrek kenderaan yang dipandu dalam versi permainan Gran Turismo 7.

"I think the most effective use of the adaptive trigger [in Gran Turismo 7] is for representing the operation of the antilock brake system (ABS) while braking. A typical ABS releases brake pressure intermittently while the driver applies pressure to the pedal. The adaptive trigger is suited for recreating this pedal feel, and it will allow the player to accurately feel and understand the relationship between the braking force they want and the tire’s grip." Kazunori Yamauchi, Presiden, Polyphony Digital.

Khabar ini pastinya cukup mengujakan para peminat judul permainan tersebut yang akan menjadi semakin tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman bermain di platfom PS5.

Sony dijangka akan melancarkan secara rasmi konsol PS5 pada lewat tahun ini. Namun begitu versi permainan Gran Turismo 7 masih belum diumumkan tarikh ia akan ditawarkan kepada para pemain.