Sempena ulang tahun vivo Malaysia ke-10, rakyat Malaysia berpeluang untuk memenangi tiket ke perlawanan separuh akhir dan akhir UEFA EURO 2024 di Jerman.
Peraduan ini akan berlangsung bermula 13 Mei hingga 27 Mei 2024. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga berpeluang perjalanan ke ibu pejabat vivo di China, telefon pintar vivo dan hadiah bernilai sehingga RM33,000.
Kejohanan UEFA EURO merupakan satu acara sukan terulung dunia. Jadi, ini adalah peluang untuk anda bagi peminat bola sepak.

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang anda boleh ikut untuk menyertai peraduan ini:
- Ikuti Akaun Instagram rasmi vivo @vivo_Malaysia.
- Kemudian, kongsi siaran ulang tahun ke-10 vivo di Instagram beserta dengan tanda pagar ini #vivo10thYearAnniversaryGiveaway #vivo10thYearAnniversary #vivoPerfectNightParty #vivoMalaysia dan tag 2 rakan.
- Akhir sekali, anda perlu tangkap penyertaan tersebut dan isi Google Form untuk gandakan peluang untuk menang.
- Pemenang bertuah akan diumumkan melalui siaran langsung di Facebook rasmi vivo pada 31 Mei 2024.
Dari segi hadiah, ini apa yang disediakan vivo Malaysia:
- Hadiah Utama – Perjalanan ke HQ vivo di China selama 4 hari 3 malam (4 orang).
- Hadiah Pertama – 1 x Penyertaan Akhir Piala UEFA EURO 2024.
- Hadiah Kedua – 1x Penyertaan Separuh Akhir Piala UEFA EURO 2024.
- Hadiah Ketiga – 1 unit vivo V30.
- Hadiah Keempat – 1 unit vivo V30e.
- Hadiah Kelima – 3 unit vivo Selection HD1.
- Hadiah Saguhati – 1 unit DJI Pocket 3, 3 unit vivo TWS Air, 3 unit OGAWA Tinkle X, 2 pax penyertaan untuk Dking Durian Buffet, 365 Vanilla Crepe Cake, 20 pax penyertaan untuk TGV Pass.
{suggest}
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia
