Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, MDEC sebelum ini telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan sesi HoC di sekolah-sekolah. Namun, memandangkan pelajar ketika ini berada dirumah, pihaknya mahu mengekalkan program ini menerusi kempen dalam talian.
Selain itu, ia sejajar dengan gerakan #DigitalVsCovid yang diwujudkan dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendorong rakyat Malaysia memanfaatkan peralatan dan perkhidmatan digital tersedia bagi menangani impak COVID-19 terhadap masyarakat dan ekonomi.
Dalam pada itu, kempen ini terbuka kepada pelajar berumur 7 hingga 17 tahun dimana pelajar perlu mempunyai capaian internet, pelayar web dan komputer riba atau peranti mudah alih. Untuk memulakan aktiviti HoC, pelajar boleh melayari pautan ini dan lengkapkan semua peringkat bagi enam aktiviti berikut.
Menariknya, pelajar akan memperoleh sijil penyertaan apabila melengkapkan aktiviti ini dan seterusnya melayakkan diri untuk menyertai kempen Hour of Code. 10 orang pelajar juga berpeluang memenangi kit dron bernilai RM500 apabila menyertai kempen ini.
Kempen Hour of Code ini telah berlangsung mulai 1 April hingga 14 April 2020. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Hour of Code.
Berkaitan
- Aplikasi Antivirus Microsoft Defender Dipertonton Untuk Pengguna Android
- WhatsApp Kelak Akan Sekat Tangkap Layar Gambar Profil
- Langgar Garis Panduan Komuniti, Microsoft Ambil Tindakan Terhadap 4.78 Juta Akaun Xbox
- Nvidia Dan Microsoft Umum Kerjasama Untuk Bangunkan Superkomputer AI
- Ghost of Tsushima Director's Cut Akan Tiba Di PC Mei Ini
- Microsoft Mahu Lancar Gedung Aplikasi Untuk iPhone Seawal Tahun Depan
- Didakwa Akses Mikrofon Secara Latar, WhatsApp Kata Itu Pepijat Pada Android
- Google Sahkan Paparan Akses Mikrofon Di WhatsApp Adalah Pepijat Android
- Neelofa Bakal Melancarkan Aplikasi The Noor
- Microsoft Ambil Alih ZeniMax Media Dan Bethesda Pada Harga US$7.5 Bilion