Pelayar Opera GX Kini Dengan Ciri 'Network Limiter'

Ciri yang membolehkan pengguna meningkatkan prestasi permainan dan penstriman.


Pada pertengahan tahun ini, Opera telah pun telah mengumumkan kehadiran aplikasi pelayar sesawang terbaru yang dikenali sebagai Opera GX. Ia merupakan aplikasi pelayar yang dilengkapi dengan ciri tetapan khusus bagi membolehkan pemain permaian tegar atas talian membuat tetapan bagi membolehkan mereka bermain permainan secara strim tersebut dengan lancar serta pada tahap prestasi dan kualiti visual terbaik.

Dalam kemas kini terbaru bagi pelayar tersebut, Opera telah memuatkan beberapa lagi ciri tambahan istimewa lain pada pelayar tersebut. Salah satu ciri utama terbaru yang dimuatkan adalah 'Network limiter'.

Ciri tersebut dapat meningkatkan prestasi permainan atas talian serta servis penstriman pengguna khusunya jika mereka menggunakan rangkaian yang perlahan, bermain sambil memuat turun fail pada masa yang sama dan bermain, strim memuat turun fail secara serentak serta menonton video menerusi Twitch, Netflix atau YouTube sambil bermain permainan atas talian.

Ciri tersebut pertama kali dipertontonkan kepada umum di pameran Gamescom 2019 pada lewat Ogos lalu..

https://www.youtube.com/watch?v=MrkjwCdjdLg

Selain ciri tersebut, ciri baru lain yang dimuatkan adalah penggunanya akan dimaklumkan keluaran permainan video terbaru yang akan berada di pasaran, penambahbaikan sokongan bagi pengguna Twitch dan peranti Razer Chroma.

Menurut Opera, setakat ini pelayar Opera GX sudah dimuat turun lebih daripada 1 juta kali oleh penggunanya di seluruh dunia.

Opera GX masih dalam peringkat pembangunan dan versi penuhnya dijangka akan mula dilepaskan pada lewat tahun ini juga. Buat masa ini ia hanya ditawarkan pada pengguna sistem Windows (32bit/64bit) sahaja.