Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Ultra Plug & Play

Pelanggan Astro Lepas Ini Tak Perlu Risau Saluran Hilang Bila Hujan

Diterbitkan Julai 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Astro hari ini melancarkan Ultra Plug & Play Box yang terbaharu dimana pelanggan dapat menerima pengalaman tontonan tanpa gangguan terutama apabila hujan seperti mana keluhan sebelum ini kerana saluran kini boleh ditonton tanpa menggunakan piring satelit.

Menerusi Ultra Plug & Play Box baharu ini, pemasangan boleh dilakukan sendiri dengan mudah. Hal ini kerana pelanggan hanya memerlukan sambungan internet sahaja.

Astro Plug & Play

Dari segi harga untuk mengaktifkan Ultra Plug & Play ini, ia adalah percuma untuk pelanggan sedia ada yang mempunyai bayaran langganan lebih RM100 sebulan. Sementara pelanggan baru adalah RM39.

Astro aktif

Jika anda pelanggan baru yang ingin kembali menggunakan Astro, terdapat pakej Starter Pack yang berharga RM49.06 sebulan dengan kontrak 24 bulan dan untuk mengaktifkan Ultra Plug & Play, anda perlu membayar RM59.

Tambahan lagi, Astro turut menawarkan bagi pelanggan baru untuk mendaftar pakej Super Pack Lite (RM96/bulan) dengan kelajuan internet 100 Mbps dan anda bakal nikmati rebat RM45 setiap bulan.

Dengan ini, pelanggan boleh nikmati tontonan 4K UHD, strim video diĀ on demandĀ dengan rakaman awan dan menggunakan fungsi ‘play from start’ tanpa ada sebarang masalah lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang penawaran ini, anda boleh tekan pautan ini.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Baca juga artikel berkaitan:

  • Asteroid Sebesar Stadium Bakal Melintasi Hampir Dengan Bumi Pada 24 Julai Ini
  • Saluran 111 Astro Kini Berwajah Baharu
  • Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY