Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Olympus wide

Samsung Mungkin Gabung Dengan Olympus Untuk Kamera

Diterbitkan April 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa tahun yang lepas, kita sudah lihat corak telefon pintar sudah menggunakan teknologi dari pengeluar kamera terkenal.

Sebagai contoh, Huawei bekerjasama dengan Leica, vivo bersama Zeiss dan yang terbaharu OnePlus menerusi Hasselblad.

Kini, jenama gergasi dari Korea Selatan, Samsung dikatakan mungkin akan mengikut jejak langkah pesaingnya untuk bergabung dengan pengeluar kamera ternama, Olympus.

Samsung ice universe Olympus

Buat pengetahuan, ini bukan kali pertama Samsung bekerjasama dengan jenama besar untuk perantinya kerana sebelum ini terdapat peranti audio mereka juga telah ditala AKG.

https://t.co/G6EKM9CH5a

— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) April 7, 2021

Walau bagaimanapun, laporan ini masih lagi dalam spekulasi awal. Akan tetapi, jika ia benar, mungkin telefon Galaxy Fold baharu atau Galaxy S22 yang menjadi pertama menggunakan teknologi kamera Olympus.

Sumber:  tom’s guide

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY