Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_toms hardware credit

Pelancaran Aplikasi Di Windows 11 Selepas Ini Dijangka Akan Sepantas 1 Hingga 3 Saat

Diterbitkan Mei 8, 2026 · Dikemas kini Mei 8, 2026 oleh ariff bukhari

Microsoft dilaporkan sedang membangunkan ciri baharu untuk Windows 11 dikenali sebagai “Low Latency Profile” menerusi usaha Windows K2 yang bertujuan bagi meningkatkan prestasi keseluruhan sistem operasi.

Menurut laporan, ciri tersebut mampu mempercepat pelancaran aplikasi dengan memaksa CPU mencapai frekuensi maksimum dalam tempoh singkat antara satu hingga tiga saat.

Ujian awal menunjukkan aplikasi keluaran Microsoft seperti Edge dan Outlook boleh dibuka sehingga 40 peratus lebih pantas, manakala Menu Start dan menu konteks sistem operasi pula mencatat peningkatan sehingga 70 peratus.

Jika ujian awal ini berjaya dan ditawarkan kepada pengguna dalam kemas kini akan datang, ia pastinya  akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan responsif.

Bagaimanapun, isunya sekarang adalah penggunaan CPU pada tahap maksimum walaupun seketika boleh meningkatkan suhu peranti dan penggunaan bateri, terutama bagi komputer riba.

Namun, Microsoft dipercayai sedang mengoptimumkan ciri tersebut supaya kesannya minimum kepada pengguna, sambil mengekalkan prestasi sistem yang lebih pantas dan stabil secara keseluruhan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC
  • Windows 11 Rupanya Ada Ciri Pengurusan Storan Automatik, Ini Cara Aktifkannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY