Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kurier dan Pos

Pelan Memperkasa Industri Pos Dan Kurier Negara Sedang Dirangka

Diterbitkan November 17, 2020 ยท Dikemas kini November 17, 2020 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah memaklumkan bahawa pelan bagi memperkasakan industri pos dan kurier negara sedang dirangka ketika ini.

Pelan tersebut dibuat menerusi Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Makmal itu disertai oleh wakil Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) MCMC, agensi-agensi berkaitan serta para pemain utama industri.

Kesemua pihak yang terlibat dalam makmal ini akan meneliti dan memperkenalkan rangka kerja dalam aspek tadbir urus industri,pendekalatan kawal selia, kecekapan operasi, kerjasama perkhidmatan dan pengalaman pelanggan.

NPCIL ini akan berlangsung selama 3 minggu iaitu bermua dari 16 November sehingga 4 Disember 2020 nanti.

Dalam kenyataan media oleh beliau semalam turut memaklumkan, pada separuh pertama tahun 2020 sahaja, jumlah penghantarab surat dan bungkusan telah melonjak kepada 160 juta, iaitu pertambahan sebanyak 10% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Peningkatan itu dipengaruhi oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada separuh pertama tahun ini.

Situasi itu juga telah mendorong syarikat seperti Pos Malaysia mengambil sehingga 1,400 pekerja sambilan bagi membantu proses pengiriman kepada pelanggan mereka.

Sekaligus membantu mereka dengan membuka peluang pekerjaann untuk rakyat menjana pendapatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY