Sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan Kerajaan bagi pelaksanaan pelan tersebut.
Disebalik kesukaran negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19 yang sekaligus menjejaskan pendapatan negara pada ketika ini, pihak Kerajaan mengumumkan bahawa Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) akan terus dilaksanakan.
Ia dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri semalam ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu rakyat yang terkesan akibat impak COVID-19.
Pelan NFCP yang diusahakan Kerajaan adalah untuk menambah baik kesalinghubungan digital negara, terutamanya di kawasan luar bandar. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap dan mudah alih, selain menyediakan asas bagi rangkaian baharu untuk teknologi 5G.
Setakat ini, sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 1 pada 27 Februari 2020 lalu.
Pelaksanaan pelan itu melibatkan enam projek di bawah NFCP (NFCP 1-6) bagi sepanjang tahun 2020. Projek-projek tersebut akan dibiayai sepenuhnya melalui Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah kawal selia dan tadbir urus SKMM.
NFCP dijangka akan merangsang pelaburan dan inovasi dalam industri-industri berkaitan di samping mewujudkan hampir 20,000 peluang pekerjaan baharu seperti yang dianggarkan oleh SKMM bagi sepanjang tempoh pelaksanaan lima tahun bermula dari tahun 2019.
Sumber: SKMM
Berkaitan
- SKMM Menerima Sebanyak 21,296 Aduan Berkaitan Kandungan 3R Di Media Sosial Sejak Ogos Lalu
- SKMM Menafikan Menyekat Artikel Terbitan Portal Berita Luar Negara
- SKMM Menggesa Pelajar Memanfaatkan Kemudahan Pusat Internet Komuniti Terdekat Dengan Mereka
- Lebih Daripada 11 Ribu Aduan Sudah Dikendalikan SKMM Setakat 6 Bulan Pertama Tahun Ini
- Kerajaan Berjanji Mempertingkatkan Kualiti Jaringan Digital Di Seluruh Negara Menerusi Pelan NFCP
- SKMM Dan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Ke Kampung Ulu Seladang, Setiu
- SKMM Menjemput Penyelidik Kemukakan Kertas Cadangan Program Geran Kajian Masyarakat Digital
- SKMM Menangguhkan Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2019 Dan Kajian Pengguna E-Dagang 2019
- Dua Taktik Penipuan Online Banking Yang Telah Di Kenal Pasti SKMM
- SKMM Sedang Menjalankan Kaji Selidik Berkaitan Akses Dan Penggunaan Internet Di Malaysia