Pelajar Bangunkan Alat Bagi Mengesan Esei Dibuat ChatGPT

Ekoran daripada kebimbangan penggunaan melampau dalam menghasilkan karya penulisan menerusi ChatGPT, seorang pelajar bernama Edward Tian telah membangunkan alat khas yang akan dapat mengesan kandungan penulisan yang dihasilkan oleh AI.

Baru berusia 22 tahun, Tian telah membangunkan alat yang dinamakan sebagai GPTZero bagi mengesan plagiat yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).



Tian merupakan seorang pelajar di Universiti Princeton yang belajar dalam bidang sains komputer. Beliau juga pernah membuat latihan praktikal sebagai jurutera perisian di Microsoft.

GPTZero pertama kali diumumkan belia pada Januari 2023 lepas.

Kapsyen: Tangkap layar dari Fox Business.


https://twitter.com/edward_the6/status/1610069113027842048?s=20

Anda boleh menggunakan GPTZero menerusi laman rasmi GPTZero secara percuma untuk tempoh 30 hari sebagai percubaan. Tetapi selepas tamat tempoh itu, pengguna perlu melanggan GPTZero untuk terus menggunakannya.



Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan GPTZero, adalah penting untuk diingatkan bahawa kesilapan masih mungkin berlaku. Apabila menggunakan GPTZero untuk mengesan AI atau ChatGPT untuk membantu menulis dokumen, anda masih perlu menyemak untuk mengesan sebarang kesilapan.

Tian berkata, masih lebih banyak ujian akan ditambah untuk meningkatkan ketepatan pengesanan teks AI nya itu.

{suggest}

Sumber: Digital Trends