Pek Umrah Celcom Beli 1 Percuma 1 Dengan Harga RM68

AMAL x Celcom Collaboration adalah promosi yang menawarkan Pek Umrah Beli 1 Percuma 1 dengan harga RM68. Ia terbuka kepada semua pelanggan Malaysia Airlines yang membeli tiket penerbangan mereka ke Jeddah atau Madinah dengan tarikh perjalanan dalam tempoh promosi ini berlangsung.

Promosi Pek Umrah Beli 1 Percuma 1 ini berlangsung dari 20 Januari sehingga 20 Mac 2020. Dengan pek ini, pelanggan akan menerima 3GB internet pantas, 30 minit masa panggilan dan 30sen/SMS serta tempoh sah selama 14 hari.

Pek Umrah Celcom Beli 1 percuma 1

Ia perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh pendaftaran dan untuk melanggan semula pas ini, ia perlu dilakukan melalui USSD atau aplikasi Celcom Life selepas tamat tempoh.

Berdasarkan FAQ, anda perlu membeli tiket penerbangan dengan Malaysia Airlines, kemudian pergi ke mana-mana kaunter Bluecube seluruh negara untuk membuat pembelian pek tersebut. Anda akan menerima pek kedua secara percuma apabila menunjukkan tiket penerbangan MAS, pas masuk atau pengesahan dari agensi pelancongan dengan butiran penerbangan ke Jeddah atau Madinah.

Selain itu, untuk menebus pek ini, anda perlu menunjukkan kad pengenalan atau Passport bagi bukan warganegara Malaysia, tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah dan mestilah berusia 12 tahun dan ke atas. Setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk membeli Pek Umrah Beli 1 Percuma 1 sekali sahaja bagi setiap tiket penerbangan atau pas masuk dalam tempoh promosi tersebut.

Sumber: Celcom