Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pos malaysia pengecas ev - 1

Pejabat Pos Pun Dah Ada Pengecas EV Sekarang

Posted on Jun 22, 2023Jun 22, 2023

Pos Malaysia Berhad bekerjasama dengan Yinson GreenTech untuk melancarkan pengecas kereta elektrik chargEV di 6 pejabat pos terpilih, buat masa ini.

Stesen pengecas chargEV ini tersedia setiap hari dari 7 pagi hingga 11 malam di enam Pejabat Pos Malaysia di dalam negara termasuk Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Johor Bahru.

Setiap outlet mempunyai 1 pengecas DC dengan dua muncung jenis CCS2 (pengecasan pantas) dengan kuasa 40kW. Pengecasan UV sehingga 80% memerlukan masa antara 60 hingga 90 minit, bergantung pada model EV.

Dalam perkembangan lain, Pos Malaysia juga menggunakan lebih 40 e-Bike untuk menghantar mel dan bungkusan di seluruh Lembah Klang tanpa melepaskan karbon.

{suggest}

Pos Malaysia menyasarkan untuk mempunyai gabungan lebih 200 e-Bike dan 140 e-Van, di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Sumber: Siaran Media Pos Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress