Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengecas EV di hartanah Kumpulan PNB

Minum Kopi Percuma Sambil Cas EV Anda Di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan

Diterbitkan April 11, 2023 · Dikemas kini April 11, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pemilik Kenderaan Elektrik (EV) khususnya kepada tetamu Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan.

Ini kerana sekiranya anda menginap di hotel tersebut, anda boleh mengecas EV anda dengan mudah sewaktu menginap di hotel.

Malah tetamu walk-in juga boleh menggunakan pengecas EV ini selain menggunakan kemudahan hotel termasuk mengunjungi restoran Cerana dan Jade semasa menunggu kenderaan mereka dicas.

Ia selepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kerjasama Gentari Sdn Bhd (Gentari) telah melancarkan pengecas Kenderaan Elektrik (EV) pertamanya di hotel itu.

Pengecas EV itu terdiri daripada dua unit pengecas arus ulang-alik (AC) 11kW dan 22kW, dan satu unit pengecas pantas arus terus (DC) 60kW, yang dilengkapi dengan dua titik pengecasan.

Kemudahan ini merupakan yang pertama ditawarkan oleh  Kumpulan PNB dan inisiatif pertama seumpamanya di Kelantan yang beroperasi 24 jam sehari, untuk kemudahan para pemandu EV.

Bersempena dengan pelancaran pengecas EV ini, Perdana Kota Bharu turut menawarkan secawan kopi dan sebiji croissant secara percuma kepada pengguna pengecas EV di situ.

Tawaran ini berlangsung selama dua bulan bermula 9 April 2023.

PNB memaklumkan, pihak mereka telah bekerjasama dengan syarikat penyelesaian tenaga bersih Gentari, melalui anak syarikat milik penuhnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd untuk memasang sejumlah 59 unit pengecas EV di 18 hartanah di bawah Kumpulan PNB.

Kedudukan pengecas-pengecas EV yang disediakan PNB akan merangkumi pelbagai perniagaan di bahagian Hartanah, termasuk pejabat, hotel & pusat peranginan, kelab golf dan pusat beli-belah di bawah Kumpulan PNB.

Penempatan pengecas EV PNB yang seterusnya pula adalah di Villea Rompin Resort & Golf di Kuala Rompin, Pahang, Plaza Pelangi, Pelangi Leisure Mall dan Perling Mall di Johor Bahru, Johor, Menara PNB di Kuala Lumpur dan 12 hartanah PNB yang lain.

pengecas EV di hartanah Kumpulan PNB

Pemasangan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2023 ini.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Singapura Antara 19 Bandar Miliki Sistem Pengangkutan Awam Terbaik Di Dunia
  • FBI Beri Amaran Elakkan Guna Port USB Di Tempat Awam

Sumber: PNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY