Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-07-28 230444

PEDi Di Sabah Masih Beroperasi, Wifi Komuniti Masih Boleh Dinikmati – MCMC

Diterbitkan Julai 28, 2023 · Dikemas kini Julai 28, 2023 oleh ariff bukhari

Respon terhadap laporan portal Sabah News Today pada 23 Julai 2023 mengenai ratusan ribu pelajar di luar bandar terjejas akibat penamatan khidmat jalur lebar secara percuma di negeri Sabah, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Sabah masih beroperasi seperti biasa dan ketersediaan Wifi Komuniti masih boleh dinikmati di dalam kawasan PEDi.

Menjelaskan perkara itu, PEDi sebelum ini dilengkapi dengan konfigurasi Hub dan Spoke yang mana PEDi berfungsi sebagai Hub manakala perkhidmatan wifi yang kini dikenali sebagai Wifi bertindak sebagai Spoke.

Wifi Komuniti ini disambungkan dengan PEDi melalui teknologi tanpa wayar dan setiap PEDi dikonfigurasikan dengan capaian kelajuan minimum 20Mbps yang dikongsikan di seluruh Hub dan Spoke.

Walaupun perkhidmatan Wifi Komuniti secara Spoke telah dihentikan setelah kawasan-kawasan tersebut telah mempunyai perkhidmatan jalur 2 lebar mudah alih 4G yang lebih berkualiti.

Pakej Jalur Lebar Perpaduan/Pakej Rahmah diperkenalkan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Wifi Komuniti di sekitar kawasan PEDi masih tetap boleh dinikmati oleh komuniti setempat.

Tambahan pula, di PEDi juga disediakan tablet untuk dipinjam oleh pengunjung sekiranya semua komputer terminal digunakan pada masa itu.

MCMC berkata, mereka amat prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar di luar bandar dan mengesyorkan para pelajar untuk menggunakan kemudahan
yang telah disediakan di PEDi sebagai alternatif yang sesuai untuk
pembelajaran dan perkongsian pengetahuan buat masa ini.

PEDi merupakan tempat yang kondusif untuk mengejar ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran digital dalam era teknologi yang semakin maju.

MCMC juga menyatakan komitmen mereka untuk terus berusaha  menyediakan perkhidmatan Internet yang berkualiti demi kemajuan pendidikan dan pembangunan komuniti di Sabah.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Allo Perkenal Pakej Perpaduan, Harga Langganan RM69/Sebulan Untuk 100Mbps
  • Switch Sedang Tawar Diskaun Ekslusif Di Stor Baharu Mereka Sehingga 30 Julai 2023

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HUAWEI WATCH 6 Series & FreeBuds SE 5 Max Rasmi Di Malaysia
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY