Pasang Pelekat RFID Secara Percuma Sepanjang September Ini Di Lokasi-Lokasi Berikut

Kearah sistem pembayaran yang lebih baik lagi, TnG Digital sedia menjalankan ujian percubaan sistem RFID Tag dibeberapa plaza tol terpilih. RFID Tag menggunakan pelekat dengan teknologi radio frekuensi yang dilekatkan pada  lampu atau cermin hadapan kereta dan sistem itu akan disambungkan pada aplikasi Touch 'N Go eWallet.

Ketika awal pengenalannya, ia hanya dibuka terhad kepada pengguna yang membuat temujanji sahaja dan April yang lalu, Touch 'N Go mula membuka kepada pemasangan secara percuma untuk lebih ramai lagi pengguna di kawasan Lembah Klang.

Kini sepanjang September, promosi pemasangan pelekat tersebut secara percuma akan ditawarkan lebih meluas lagi melibatkan lokasi di Johor Bahru, Pulau Pinang serta Lembah Klang.



Untuk melakukan proses pemasangan, pengguna perlu membawa bersama (asal dan salinan) ;

  • Kad Pengenalan atau Lesen Memandu atau Passport (untuk bukan warganegara)

  • Salinan sijil pemilikan kenderaan atau nota perlindungan insurans

  • Surat kebenaran dari pemilik sekiranya akaun Touch 'n Go eWallet dan kenderaan adalah individu berbeza.

  • Bawa kenderaan yang ingin dipasang dengan pelekat RFID.


Lokasi yang terlibat dalam  pemasangan secara percuma untuk September (10 pagi sehingga 10 malam) adalah seperti berikut;

Lembah Klang

  • AEON Big Bukit Rimau

  • Sunway Velocity Mall

  • AEON Big Ampang

  • Sungei Wang Plaza

  • AEON Big Kepong

  • Wangsa Walk Mall

  • Giant Hypermarket, Bandar Kinrara

  • Tesco Bukit Tinggi, Klang

  • Giant Hypermarket, Batu Caves

  • Tesco Extra, Cheras

  • Giant Hypermarket Setapak

  • Tesco Extra Shah Alam

  • Seventeen Mall PJ

  • Tesco Kajang

  • Sunway Geo Avenue

  • Tesco Setia Alam

  • NSK Klang Sentosa

  • Tesco Mutiara Damansara

  • Paradigm Mall PJ

  • Tesco Pusat Bandar Puchong

  • Empire Shopping Gallery Subang Jaya

  • The Mines Seri Kembangan


Pulau Pinang

  • AEON Big Prai

  • Tesco E Gate

  • Giant Bayan Baru

  • Tesco Extra Seberang Jaya

  • Sunshine Farlim Mall

  • Tesco Extra Sungai Dua

  • Tesco Sri Tanjung Pinang


Johor Bahru

  • Giant Hypermarket Plentong

  • Tesco Desa Tebrau

  • Paradigma Mall

  • Tesco Mutiara Rini

  • AEON Bandar Dato' Onn JB