Pilihan genre komedi romantik di Netflix mungkin sedikit tetapi pastinya tidak banyak yang berdasarkan kisah benar. Filem komedi romantik terbaru arahan Adrian Teh bertajuk, Pasal Kau! tentunya sesuatu yang berlainan dari karyanya sebelum ini.
Adrian Teh, yang terkenal dengan filem-filem aksi sebelumnya, WIRA dan PASKAL: The Movie, mengatakan bahawa idea itu sebenarnya diberi oleh pelakon Hairul Azreen. Katanya, "Ini sebenarnya adalah kisah Hairul. Tidak ramai oran gtahu tentang ini tetapi Hairul dulu pernah bekerja di sebuah hotel."
Hairul Azreen kemudian memberikan idea tentang pekerja hotel yang jatuh cinta dengan tetamu ke Adrian dan dari situlah tercetusnya filem Pasal Kau!.
https://youtu.be/MlrGwBusxU0
Filem Pasal Kau! mengisahkan tentang seorang pekerja hotel bernama Aiman (Hairul Azreen), menjalani kehidupan sehariannya, bekerja keras bersama dengan rakan-rakannya. Salah satunya adalah seorang chef bernama Jane (Janna Nick) yang sangat menyukainya, kemudian suatu hari Aiman jatuh cinta dengan tetamu cantik bernama Sofia.
Tetapi tidak semuanya seperti yang disangka. Ketika keadaan menjadi huru-hara dan semua orang di hotel tersebut menjadi tebusan, Aiman dan rakan-rakannya mesti bersatu untuk merancang menyelamatkan semua. Dalam pada itu, Aiman berkemungkinan mendapati bahawa dirinya jatuh hati pada orang lain.
Barisan pelakon lain termasuk Namron, Amerul Affendi, Henley Hii, Teufiq Hanafi, Theeban G, dan Josiah Hogan.
Adrian dan Hairul pernah bekerjasama dalam filem-filem sebelumnya, tetapi walaupun sudah terbiasa bekerja bersama secara profesional, setiap kali merupakan pengalaman baru buat mereka.
Menurut Adrian, "For PASKAL and WIRA I wanted (Azreen) to lose weight and be fit, get lean. But for Pasal Kau! I told him to please stop working out, please eat as much as you can. I need you to grow fat."
Nantikan filem Pasal Kau! yang bakal ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober ini.
Sumber: Yahoo! News & Mashable SEA
Baca lagi: Video Acah Siri ‘WandaVision’ Diperlihatkan Buat Pertama Kali
Berkaitan
- Netflix Perkenal 'Spatial Audio', Bukan Untuk Pengguna Apple Sahaja
- Walaupun Sedang Rugi, Netflix Tetap Hentikan Perkhidmatan Di Rusia
- Dragon's Dogma, Permainan Video Diadaptasi Menjadi Siri Netflix
- 10 Siri Anime Terbaik Anda Boleh Tonton Di Netflix
- Diskaun Sehingga RM1,900 Bagi Pembelian TV Toshiba Sempena Hari Raya
- Siri 'Altered Carbon' Dibatalkan Oleh Netflix Setelah Dua Musim Disiarkan
- PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Pada 30 Julai Ini
- Siri Dan Filem Seram Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix
- Tak Cukup Satu, Pelanggan Kini Boleh Beri Dua "Thumbs Up" Di Netflix
- 'BLACKPINK: Light Up the Sky' Akan Hadir Di Netflix Pada 14 Oktober