Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Parti Politik Jepun Cadang Lantik AI Penguin Sebagai Pemimpin

Parti Politik Jepun Cadang Lantik AI Penguin Sebagai Pemimpin

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 23, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah parti politik kecil di Jepun, Path to Rebirth, mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan rancangan untuk melantik chatbot AI dengan avatar penguin sebagai pemimpin simbolik parti.

Idea ini dikemukakan oleh Koki Okumura, seorang pelajar PhD dalam bidang kecerdasan buatan yang baru memenangi jawatan ketua parti itu.

Tetapi beliau mencadangkan dia akan bertindak sebagai “pembantu” kepada AI tersebut dengan AI akan membuat keputusan parti secara menyeluruh.

Beliau percaya AI mampu membuat keputusan lebih tepat dan inklusif berbanding manusia.

Walau bagaimanapun undang-undang Jepun menetapkan bahawa calon pilihan raya mestilah seorang manusia.

Pakar politik memberi amaran bahawa AI tidak mampu menggantikan hubungan emosi antara pemimpin dan rakyat.

Walaupun Jepun giat menggunakan AI dalam sektor awam, cadangan ini dilihat terlalu ekstrem dan berisiko menghakis prinsip demokrasi.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • "Diella", Menteri Janaan AI Pertama Di Dunia Bagi Elak Rasuah
  • "Jangan Kongsi Imej AI Palsu Guna Logo Kami" - Bandai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY