Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
periscope lens

Apple Pertimbangkan Teknologi Lensa Periskop Untuk Tingkatkan Keupayaan Zoom Optikal iPhone

Diterbitkan November 30, 2020 · Dikemas kini November 30, 2020 oleh Amsyar Latif

Laporan terbaru dari DigiTimes hari ini melaporkan dimana Apple sedang mempertimbangkan teknologi lensa periskop untuk iPhone. Hal ini bertujuan untuk memperkuatkan fungsi zoom optik pada telefon mereka.

Menurutnya lagi, terdapat spekulasi bahawa Samsung Galaxy S21 Ultra dilengkapi dengan kamera utama 108MP pada bahagian belakang serta lensa zoom periskop 100x.

Sebenarnya, melalui lensa periskop ini, sensor pada telefon akan nipis dan kekuatan prestasi zoom juga dapat dihasilkan.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2020/11/潜望式镜头-@刀尖舔糖叶问舟-的视频-视频-微博.mp4

Tambahan lagi, aperture yang besar pada lensa dengan panjang fokus (EFL) dan jumlah panjang lensa (TTL) dapat direalisasikan pada telefon yang nipis tanpa hadir dengan modul kamera yang tebal.

Buat masa sekarang, Huawei dan OPPO di antara pengeluar yang mempunyai kekuatan teknikal dalam bidang ini.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah spekulasi awal dan Apple juga berjaya berunding dengan pembekal lensa periskop ini. Namun, adakah ia akan digunakan pada iPhone 13? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: via ithome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY