Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Gen-13 Raptor Lake, Mungkin Jadi CPU Terpantas Intel

Papan Induk Intel Z790 Mungkin Hadir Bulan Ini, Sokong PCIe Gen5 M.2 SSD

Diterbitkan Julai 4, 2022 oleh Firdaus

Sekali lagi, Moore’s Law is Dead telah berkongsi kepada kita akan berita baharu dalam dunia komputer global. Menurut beliau, Intel bakal memperkenalkan barisan papan induk baharu, Z790 yang menyokong storan SSD M.2 yang beroperasi dalam antara muka PCIe Gen5.

Setakat apa yang kita dengar, siri Z790 akan menyokong PCIe Gen5 M.2 tetapi tidak semua papan induk dalam siri itu menyokong ciri tersebut sama seperti siri AM5 dari AMD.

Jangkaan waktu pelancaran atau pengumumannya adalah dalam hujung Julai ini hingga awal Ogos depan. Melalui pengenalan ini, Intel mampu bersaing dengan papan induk baharu siri 600 dari AMD.

Nampaknya, Intel tidak mahu ketinggalan atau membiarkan AMD sahaja memiliki ciri sokongan PCIe Gen 5 ini untuk cip Ryzen 7000 “Raphael”.

Intel juga dikhabarkan memberi izin kepada pembuat papan induk seperti MSI, Asus ROG dan lain-lain untuk memperkenalkan papan induk Z790 yang baharu walaupun cip Intel Raptor Lake Gen 13 belum dilancarkan lagi.

Sumber: videocardz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY