Pantau Sambungan Internet menggunakan lampu "Keyboard"

Tips yang ingin kami kongsikan kali ini khusus untuk anda mengenal pasti sama ada sambungan internet anda bermasalah ataupun tidak dengan menggunakan lampu "indicator" yang ada pada papan kekunci komputer anda. Dengan cara ini anda dapat mengambil langkah awal dalam memastikan sambungan internet anda selamat ataupun tidak. Caranya sangat mudah, ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Muat turun terlebih dahulu perisian "Keyboard Network LED", anda boleh muat turun melalui pautan berikut

 Keyboard Network LED


Langkah 2


Buka perisian yang baru sahaja anda pasang, kemudian aktifkan menu-menu berikut




Langkah 3

Pilih lampu papan kekunci yang menjadi "indicator" kepada "Download & Upload" seperti gambar dibawah. Keyboard secara asasnya memiliki pilihan lampu "Num Lock""Scroll Lock", dan "Caps Lock". dengan mengaktifkan menu tadi, maka lampu tersebut akan dijadikan sebagai "indicator" pada aktiviti internet yang berlaku pada komputer anda.



Langkah 4

Selesai, sekarang anda dapat pantau aktiviti pemindahan data yang berlaku pada komputer anda. Sekiranya lampu tersebut berkelip-kelip walaupun tiada aktiviti internet dijalankan, berkemungkinan komputer anda telah dijangkiti virus ataupun malware. Ini kerana, komputer yang dijangkiti virus biasanya akan menggunakan sambungan internet tanpa pengetahuan kita. Ini salah satu faktor kenapa kuota internet cepat sangat habis.



Semoga bermanfaat.