Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pantau Sambungan Internet menggunakan lampu “Keyboard”

Pantau Sambungan Internet menggunakan lampu “Keyboard”

Diterbitkan Julai 24, 2017 oleh Tips Gajet

Tips yang ingin kami kongsikan kali ini khusus untuk anda mengenal pasti sama ada sambungan internet anda bermasalah ataupun tidak dengan menggunakan lampu “indicator” yang ada pada papan kekunci komputer anda. Dengan cara ini anda dapat mengambil langkah awal dalam memastikan sambungan internet anda selamat ataupun tidak. Caranya sangat mudah, ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Muat turun terlebih dahulu perisian “Keyboard Network LED”, anda boleh muat turun melalui pautan berikut

 Keyboard Network LED

Langkah 2

Buka perisian yang baru sahaja anda pasang, kemudian aktifkan menu-menu berikut

Pantau Sambungan Internet menggunakan lampu “Keyboard”

Langkah 3

Pilih lampu papan kekunci yang menjadi “indicator” kepada “Download & Upload” seperti gambar dibawah. Keyboard secara asasnya memiliki pilihan lampu “Num Lock”, “Scroll Lock”, dan “Caps Lock”. dengan mengaktifkan menu tadi, maka lampu tersebut akan dijadikan sebagai “indicator” pada aktiviti internet yang berlaku pada komputer anda.

Pantau Sambungan Internet menggunakan lampu “Keyboard”

Langkah 4

Selesai, sekarang anda dapat pantau aktiviti pemindahan data yang berlaku pada komputer anda. Sekiranya lampu tersebut berkelip-kelip walaupun tiada aktiviti internet dijalankan, berkemungkinan komputer anda telah dijangkiti virus ataupun malware. Ini kerana, komputer yang dijangkiti virus biasanya akan menggunakan sambungan internet tanpa pengetahuan kita. Ini salah satu faktor kenapa kuota internet cepat sangat habis.

Pantau Sambungan Internet menggunakan lampu “Keyboard”

Semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY