Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Panggilan Video Berkumpulan Telegram Kini Sokong Hingga 1000 Orang

Panggilan Video Berkumpulan Telegram Kini Sokong Hingga 1000 Orang

Diterbitkan Julai 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada bulan lepas, Telegram menambah ciri baharu yang mengkhususkan panggilan video berkumpulan (group video calls) dan kongsi screen (screen sharing).

Kini, mereka mengumumkan kemas kini baharu yang membawakan penambahbaikan terhadap ciri-ciri tersebut. Melaluinya, panggilan video berkumpulan kini menyokong sehingga 1000 orang tetapi terhad 30 orang sahaja yang boleh menyiarkan kamera dan skrin mereka.

Panggilan Video Berkumpulan Telegram Kini Sokong Hingga 1000 Orang

Bermakna, ia ibarat anda dalam satu mesyuarat di Zoom seramai 1000 orang tetapi hanya 30 orang sahaja dapat aktifkan kameranya. Telegram ada menyatakan, mereka akan menambahkan lagi jumlah bilangan lebih daripada 1000 orang pada masa akan datang.

Panggilan Video Berkumpulan Telegram Kini Sokong Hingga 1000 Orang

Selain daripada itu, kemas kini terbaharu ini juga menambahbaik fungsi mesej video (video message), fungsi melaras kelajuan main balik video (video playback speed) sehingga 2x, kongsi skrin yang mengandungi audio, mesej dipadam sendiri selepas satu bulan dan banyak lagi.

Sumber: Telegram

Baca juga artikel berkaitan:

  • ‘Archive Chat’ WhatsApp Tak Lagi Muncul Di Ruangan ‘Chat’
  • WhatsApp Akhirnya Akan Tawar Ciri Baharu Yang Ditunggu-Tunggu
  • 4 Platfom Servis Panggilan Video Paling Popular Di Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY