Panduan Untuk Orang Biasa Yang Ingin Menonton TI 7 Yang Kompetitif

Anda bukanlah orang pertama yang tidak faham mengenai Dota 2.

Bagi yang baru bermain pun belum tentu dapat memahami segalanya yang berlaku dalam perlawanan di The International 7.

Bagi yang memahaminya pula, pasti dapat menikmati sekiranya perlawanan yang ditonton menyajikan aksi-aksi yang berkualiti dari pemain-pemain terhebat masa kini.

Dengan pertandingan TI 7 yang kini sedang berlangsung di Seattle, Amerika Syarikat, pasti ada di kalangan kita yang mengikuti perkembangan pertandingan tersebut yang menawarkan jumlah wang pertandingan hampir RM 100 juta.

Kini ditampilkan sedikit pengetahuan mengenai pertandingan eSukan yang menawarkan hadiah kemenangan paling tinggi di dunia itu.

Apa itu Dota 2?

Dota 2 merupakan sebuah permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) yang menampilkan lebih 100 karakter untuk dipilih dengan setiap pasukan mempunyai 5 pemain pelbagai posisi.

Jika salah seorang sudah memilih karakter tersebut, maka pasukan lawan tidak boleh memilih karakter yang sama untuk pasukan mereka.

Setiap karakter mempunyai fungsi, kekuatan dan kelemahan yang tersendiri dan terpulang kepada pasukan untuk menggunakan karakter tersebut mengikut kemahuan mereka.

Setiap pemain akan mengawal setiap karakter masing-masing dan akan mendapat wang dan pengalaman jika dapat membunuh 'creep' atau makhluk di dalam hutan.

Wang juga akan diberikan dalam nisbah yang seragam dalam tempoh satu perlawanan.

Setiap karakter akan bermula pada tahap 0 sehingga tahap maksimum iaitu 25.

Setiap karakter sudah diletakkan dalam peranan masing-masing iaitu:

  • Carry




  • Nuker




  • Initiator




  • Disabler




  • Durable




  • Escape




  • Support




  • Pusher




  • Jungler




Barang

Barang atau bahasa inggeris nya item, merupakan pelbagai barang yang boleh dibeli oleh setiap karakter dan mempunyai efeknya yang tersendiri dari segi nyawa, mana, 'damage' fizikal atau magik, point pertahanan dan sebagainya.

Setiap barang ini mempunyai harga yang berbeza jadi pemain setiap pasukan harus mengumpul wang dahulu sebelum dapat membeli barang tertentu.



Barang yang paling mahal sekali adalah Divine Rapier. Barang ini dapat memberikan 'damage' fizikal yang paling tinggi dan akan jatuh sekiranya karakter yang memakai barang ini mati. Jadi sesiapa yang ingin membelinya harus berhati-hati agar tidak menjadi sasaran pihak lawan.



Roshan

Roshan pula merupakan sejenis makhluk yang terdapat di satu kawasan. Bila satu pihak dapat membunuh Roshan, mereka akan dapat 2 perkara:

  • Wang

  • Aegis of Immortal

  • Cheese (Roshan ke 3)


Aegis of Immortal merupakan barang yang penting untuk setiap pasukan kerana dapat memberi kelebihan istmewa kepada mereka. Ini kerana barang ini akan menghidupkan semula karakter selepas mereka dibunuh dalam tempoh 5 saat. Barang ini sangat berguna untuk menyerang pengkalan pihak musuh dan selalunya akan diberikan kepada pemain posisi 1.

Cheese pula akan jatuh selepas bunuhan Roshan yang ke 3 dan memberikan 2500 point nyawa dan 1500 point mana sekaligus menyukarkan pihak lawan dari membunuh anda.

Bagaimana Untuk Memenangi Perlawanan?

Perlawanan akan tamat apabila terjadi dua perkara:

  1. Banggunan 'Ancient' lawan musnah

  2. Pihak lawan mengaku kalah (dalam perlawanan kompetitif)




'Ancients merupakan satu banggunan yang terletak di dalam pangkalan musuh dan akan dikelilingi oleh menara pertahanan. Disebabkan itu permainan ini diberi nama 'Defense of The Ancients'-DOTA.

Untuk perlawanan dalam pertandingan kompetitif pula, sekiranya pihak lawan mengaku kalah maka perlawanan boleh dihentikan seterusnya dimenangi oleh pihak satu lagi. Mereka akan menaip 'GG' bermaksud 'Good Game'.