Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Panduan Kelajuan Wi-Fi Hotel Di Mekah Dan Madinah Untuk Jemaah Haji 2026

Panduan Kelajuan Wi-Fi Hotel Di Mekah Dan Madinah Untuk Jemaah Haji 2026

Diterbitkan April 22, 2026 oleh ariff bukhari

Haji 2026 bakal menyaksikan jutaan jemaah membanjiri kota suci Mekah dan Madinah bagi tujuan yang satu iaitu menunaikan ibadah rukun islam yang ke-5.

Tetapi di era serba moden dengan teknologi ketersambungan rangkaian global yang tidak pernah putus untuk keperluan digital harian, internet kini menjadi nadi komunikasi bagi para jemaah, khususnya menerusi sambungan Wi-Fi di hotel-hotel penginapan.

Kajian Ookla menunjukkan terdapat jurang besar dalam prestasi Wi‑Fi antara hotel-hotel mewah di sana.

Sebagai contoh, Ookla merekodkan kelajuan Wi-Fi sehingga 152 Mbps di  Swissôtel Makkah, manakala Fairmont Hotel pula mencapai 149 Mbps dan Swissôtel Al Maqam dengan 124 Mbps.

Panduan Kelajuan Wi-Fi Hotel Di Mekah Dan Madinah Untuk Jemaah Haji 2026
Makkah Clock Royal Tower, termasuk Swissôtel Makkah Fairmont Hotel dan Swissôtel Al Maqam menawarkan pengalaman internet lebih dariapda 1oo Mbps.

Hotel-hotel lain seperti Pullman ZamZam di Mekah pula masih menawarkan kelajuan mencecah 96.80 Mbps dan Hotel Anwar Al Madinah Mövenpick di Madinah pula mencecah kelajuan 78.42 Mbps.

Manakala hotel-hotel lain termasuk Hotel Al Ghufran Safwah Makkah, Pullman Zamzam Madina, Hyatt Regency Makkah – Jabal Omar dan Hotel Millennium Al Aqeeq, masih menyediakan sambungan mencukupi dengan masing-masing mencapai 37.92 Mbps, 29.69 Mbps, 23.02 Mbps dan 18.22 Mbps.

Walau bagaimanapun, Ookla menjangkakan  jemaah yang menginap di sini mungkin menghadapi masalah semasa waktu puncak.

Lebih membimbangkan, Ookla mendedahkan masih ada juga hotel bertaraf tinggi di sana hanya mencatat kelajuan di bawah 15 Mbps, termasuk Hilton Makkah Convention Hotel (4.95 Mbps) dan Anjum Hotel Makkah (10.51 Mbps), yang berisiko memberi pengalaman rangkaian mengecewakan pada tetamu mereka.

Panduan Kelajuan Wi-Fi Hotel Di Mekah Dan Madinah Untuk Jemaah Haji 2026

Data Ookla ini sekali gus menunjukkan terdapat jurang besar dalam kelajuan internet di hotel-hotel penginapan di Mekah dan Madinah.

Ookla menekankan, pihak penyedia penginapan perlu menangani masalah konsistensi serta keperluan pengurusan rangkaian yang lebih pintar sebagai usaha memberi pengalaman rangkaian terbaik kepada para tetamu mereka.

Data Haji 2025 lalu menunjukkan jemaah haji pada tahun itu telah menggunakan secara purata sebanyak 1.26 GB sehari iaitu tiga kali ganda penggunaan global.

Jumlah itu juga menunjukkan lonjakan ketara berbanding musim Haji 2024, yang menyaksikan purata penggunaan internet harian sebanyak 876 MB  bagi setiap pengguna.

Penggunaan teknologi menjadi faktor utama kelancaran di mana Ookla berkata, hotel yang menggunakan Wi‑Fi 6 dan jalur 5 GHz dengan sokongan rangkaian gentian optik jelas tidak berdepan isu prestasi.

Sebaliknya, hotel yang masih bergantung pada Wi‑Fi 4 atau jalur 2.4 GHz ketinggalan jauh dari aspek kelajuan internet yang disediakan mereka.

Sehubungan itu, Ookla memberikan beberapa cadanagan kepada penyedia penginapan termasuk menambah kapasiti ISP, menyediakan sambungan gentian optik, mengutamakan jalur 5 GHz, serta melakukan tinjauan lokasi bagi menghapuskan zon tanpa rangkaian.

Langkah kecil seperti menambah titik akses atau meningkatkan bandwidth sementara juga mampu memberi impak besar terhadap kepuasan tetamu mereka

Kesimpulannya, Wi‑Fi bukan lagi sekadar kemudahan tambahan kepada tetamu.

Ia kini menjadi faktor penentu daya saing hotel, reputasi negara, dan untuk memberikan pengalaman ibadah terbaik kepada para jemaah.

Haji 2026 akan menjadi ujian sebenar sejauh mana hotel mewah di Mekah dan Madinah bersedia menghadapinya.

Berkaitan

  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI
  • Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8,000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih
  • Masjidil Haram Aktifkan Sistem Penyejukan Terbesar Di Dunia
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Angkasawan NASA Rakam Kota Suci Mekah Bersinar Dari Angkasa
  • Arab Saudi Perkenal Sistem Pintar Kawal Jemaah Di Masjidil Haram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY